Sekurang-kurangnya enam terbunuh selepas sebuah bas dan trak terbabit kemalangan mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong lebuh raya di pinggir Seoul, kata pihak bomba kepada AFP. Media tempatan memaparkan laporan kemalangan itu, menunjukkan api menjulang disusuli kepulan asap tebal keluar dari terowong, ketika ratusan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api.
Kebakaran bermula selepas sebuah bas bertembung dengan trak sekitar jam 1.50 tengah hari di terowong lebuhraya di Gwacheon, menurut pegawai bomba di jabatan Bomba Gwacheon. Terowong bertingkat yang seni binanya dibentuk bagi melindungi bangunan di sekitarnya daripada pencemaran bunyi, dengan pantas diselubungi api, berdasarkan imej yang dipaparkan media tempatan. "Kami sedang melakukan carian di dalam terowong sekiranya masih ada mangsa yang tertinggal," kata pegawai bomba yang turut memaklumkan sekitar 20 orang dirawat kerana terhidu asap. Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-min, menggesa sumber maksimum digerakkan bagi menyelamatkan nyawa, lapor agensi berita Yonhap. "Saya menggesa pihak berkuasa melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan nyawa mereka yang masih terperangkap," katanya. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT