CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Kebal Bebas 40 Pertuduhan, Pendakwaan Fail Petisyen Rayuan

29-12-2022 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2324| Komen: 24

Description: Pihak pendakwaan hari ini memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti, ...
Pihak pendakwaan hari ini memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti, 23 September lalu.


Presiden UMNO itu dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem VLN dan pusat sehenti di China.

Laporan FMT memetik sumber berkata, petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu membatalkan pembebasan Ahmad Zahid itu dan mengarahkannya untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan.


IG Zahid

Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk kali kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menerajui kerajaan perpaduan susulan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sumber berkata, rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, minggu lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Januari depan sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, dilapor memerintahkan Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohd Yazid dipetik berkata, selepas mempertimbangkan semua bukti dan keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali OSC di China dan VLN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 29-12-2022 10:50 PM
Pendakwaan bermotif politik. Gugurkan jelah watpe nk merayu2 lg. X gitu bang non?
Quote hmmlantakko 30-12-2022 01:06 AM
ya Allah Allah yang maha berkuasa. tunjukkan kekuasaan mu kpd makhluk mu ini yg bernama Zahid jika dia bersalah tunjukkanlah kpd rkyt Malaysia di dunia ini lagi semoga jadi iktibar kpd yg lain. Tunjukkanlah kekuasaanMu ya Allah jika bnr Zahid ini bersalah
Quote sharlenetexas 30-12-2022 01:08 AM
Akal takde budi.


Quote laksmanabentan 30-12-2022 08:53 AM
Syukur alhamdulillah.... terbukti zahid ini jujur amanah dalam mentadbir negara...
Quote Zazama 30-12-2022 09:46 AM
Kat dunia lepas mudah. Kat 'sana' tidak semudah itu terlepas. Peringatan juga utk diri sendiri.
Quote KamikuP 30-12-2022 09:52 AM
Meolls benci tengok dia dan anak pompuan dia tu.. benci yg teramat sgt
Quote stingerbumpy 30-12-2022 09:59 AM
hmmlantakko replied at 30-12-2022 01:06 AM
ya Allah Allah yang maha berkuasa. tunjukkan kekuasaan mu kpd makhluk mu ini yg bernama Zahid jika d ...

Anak jiran aku yg 3 tahun bertanya....pembebasan jahid dari kesabitan kesalahan atas pertuduhannya yg ini bukan juga kekuasaan dari TUHAN keww utk dijadikheun iktibar pada kita semua?

Atau ko ingin beri gambaran  selagi jahid belum didapati bersalah...selagi iteww TUHAN belum tunjukkheun kekuasaanNYA yg sebenar?

NAUZUBILLAH...
Quote EraPajura 30-12-2022 10:00 AM
KamikuP replied at 30-12-2022 09:52 AM
Meolls benci tengok dia dan anak pompuan dia tu.. benci yg teramat sgt

Iya anak dia annoying gila babi...
Quote ladybugz 30-12-2022 05:59 PM
abg non penyelamat malaysia mana ya? hmm takkanla kes mcm ni gugur mcm tu ja.
Quote MissYouSayang 30-12-2022 06:06 PM
Wak bangsat tu telah pun disucikan  geng paknon yg kuat berjimba tu
Quote Suchi 30-12-2022 06:08 PM
mojarean_X replied at 29-12-2022 10:50 PM
Pendakwaan bermotif politik. Gugurkan jelah watpe nk merayu2 lg. X gitu bang non?

Ini berkaitan dgn PASleak tu ker?
Kalau baca tu mmg mcm motif politik.
Sengaja timbulkan kes2 tu, kira lepas bossku
target seterusnya wak plak
Maklumlaah nak benamkan terus umno kan katanyaa
Quote ctaz 30-12-2022 11:02 PM
inilah yg kita mahu kan....


har...har...har...hare
Quote Kemaruk-Taikk 30-12-2022 11:26 PM
Bung Mokhtar tersenyum sinis
Quote margo20 31-12-2022 01:27 AM
Yahooo malaysia bule
Quote sharlenetexas 31-12-2022 01:33 AM
Dah taubat nasuha ke wak?


Quote Rogue98 31-12-2022 02:11 AM
Ramai tak kenal Zahid ni....dia low profile. Tapi perjalanan career dia impressive. Ilmu agama dia pun boleh tahan..kalah lebai Pas.
Anak pompuan dia tu jer lah spoil sikit...
Quote Rogue98 31-12-2022 02:12 AM
Kalau kes Zahid naik balik means Atok ..KJ n ramai pemimpin lain jugak akan kena dakwa sebab diaorang pun terima duit dari UKSB.
Quote hmmlantakko 3-1-2023 09:32 PM
stingerbumpy replied at 30-12-2022 09:59 AM
Anak jiran aku yg 3 tahun bertanya....pembebasan jahid dari kesabitan kesalahan atas pertuduhannya ...

btol la tu. sikit lg Tuhan akan tunjuk la mana2 dkt jahid ni. tk hari ni esok. tk esok nti kiamat lg seksa
Quote stingerbumpy 4-1-2023 03:24 PM
hmmlantakko replied at 3-1-2023 09:32 PM
btol la tu. sikit lg Tuhan akan tunjuk la mana2 dkt jahid ni. tk hari ni esok. tk esok nti kiamat  ...

Urusan TUHAN kita jgn mendahului....kata anak jiran aku yg 3 tahun

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top