CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pempengaruh TIkTok Indonesia Rentung Ketika Kendali Tren

29-12-2022 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2017| Komen: 11

Description: Seorang pempengaruh terkenal Indonesia, Nirwana Selle dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di PT Gunbuster Nickel Industry (GNI), di Morowali Utara, Sulawesi Tengah.Nirwana yang sering memuat na ...
Seorang pempengaruh terkenal Indonesia, Nirwana Selle dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di PT Gunbuster Nickel Industry (GNI), di Morowali Utara, Sulawesi Tengah.

Nirwana yang sering memuat naik kandungan dalam aplikasi TikTok mengenai kerjayanya sebagai operator kren dilaporkan maut selepas kren dikendalikannya terbakar.


NIRWANA Selle terkorban ketika mengendalikan kren apabila jentera itu meletup dan terbakar dalam kejadian di Sulawesi Tengah. - AGENSI

Kejadian itu berlaku dengan bunyi letupan kuat ketika Nirwana mengendalikan ‘hoist crane’.

Api yang menyambar terlalu cepat dan marak menyebabkan Nirwana tidak sempat menyelamatkan diri dan maut akibat rentung.


Dalam pada itu, ibu Nirwana, Darna memaklumkan gadis berasal dari Desa Bunga, Mattiro Bulu di Pinrang, Sulawesi Selatan itu sudah bekerja di PT GNI selama 15 bulan.

“Dia baru sahaja bekerja di syarikat tersebut selepas lebih setahun menunggu tawaran kerja.

“Nirwana sebelum ini tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kren, namun dia pelajari semua kemahiran itu ketika bekerja di GNI.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan semoga Allah SWT ampunkan semua dosa anak saya,” ujarnya sedih.

Sementara itu, Darna turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Nirwana menerima pekerjaan itu kerana mendapat tawaran gaji yang tinggi.

Jelasnya, anaknya menerima tawaran kerja tersebut kerana sudah menganggur terlalu lama dan dia enggan memilih kerja ketika ekonomi tidak stabil ketika ini. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-12-2022 09:56 PM
Kren la bongok bukan Tren...
Quote Thunderclouds 29-12-2022 11:37 PM
Dikk..sesekali double check dulu seblom bukak tered. Malam² ni nk mgelabah ke mana. Tren ngn kren jauuuhhhhhh beza.
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 11:39 PM
Sepet dengan rentung tersenyum sinis
Quote dani-rox 29-12-2022 11:41 PM
cantek nama Nirwarna, kalo English jd Nirvana
Quote slyfynx 30-12-2022 12:37 AM
Wartawan CARI dengan tajuk hentam keromo.
Crane (Kren) la weh, bukan TRAIN (TREN)
Quote JunkMail 30-12-2022 02:18 AM
Sesuai dgn nama .. terus ke nirwana.
Quote sharlenetexas 30-12-2022 02:22 AM
Carimal, tren dengan kren tak reti beza ke?
Reporterrr cari dalam kelas tersendiri.



Quote BartholomewKuma 30-12-2022 04:04 AM
Aku dok habaq dari dulu lagi wartawan cari.com ni depa punya bodo tak buleh dibawak bincang. Depa ada kelas bodo masin2
Quote Tinot7 30-12-2022 04:12 AM
Takziah kpd keluarga..
Quote KamikuP 30-12-2022 03:49 PM
Mentang2 le bodo itu percuma, laku keras jadik rebutan di kalangan wartawan cari nak nak berita dari seberang.. ekekeke
Quote jfq 30-12-2022 03:51 PM
Harap2 masa dia kendali kren tu dia tak distracted dgn nak bertiktok buat live bagai.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.269043 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top