Menerusi sedutan rancangan ‘Wanita Hari Ini’, seorang wanita berkongsi kisah sepanjang bergelar suri rumah. Difahamkan, sudah lebih lapan tahun dia menggalas tanggungjawab mengendalikan segala hal berkaitan rumah tangganya secara sendirian.
Dalam pada itu, dia akui jika keluar bersama keluarga, pasti akan berlaku kejadian yang mengguris hatinya. Ceritanya, dia berkesempatan meluangkan masa bersama keluarganya berkunjung ke pusat membeli belah. Namun, setiap kali ingin membeli pakaian baru, si ibu akan mempertikai seolah-olah anaknya tidak layak untuk berfesyen dan kelihatan cantik sewaktu di rumah.
Susulan itu, wanita tersebut akui terkilan dengan sikap orang tuanya sedangkan baju yang diingini dibayar menggunakan wang sendiri. Turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita malang itu, rata-rata netizen akui banyak cabaran perlu dilalui sepanjang bergelar suri rumah. Malah, mereka juga bagaikan tidak setuju dengan persepsi negatif si ibu berkenaan terhadap anaknya. Sumber: Kisah Dunia
|
orkid_amani replied at 30-12-2022 05:23 AM
Beli kat shopee ja la .post ke rumah ala2 dapat surprised gift gitu.. reward utk diri sendiri
bynroslan replied at 30-12-2022 01:30 PM
setuju! banyak online platform dah ada sekarang, beli dan tunggu je sampai rumah pastu unboxing se ...
gideoncross replied at 30-12-2022 01:06 PM
Ni mak kandung ke? Xkn smpai hti ckp cmtu kat ank sndri? Sukati lh klau nak mlawa skli pun, buknnya ...
haznor replied at 2-1-2023 10:32 PM
Ramai je mak kandung toksik mcm ni. Contoh yg viral baru² ni, mak kandung berskandal dgn suami si ...
jari10 replied at 30-12-2022 12:10 AM
Ko ada bagi sumbangan bulanan tak pada mak ko? Kadang2 itulah nk jd punca pun
ADVERTISEMENT