CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Belum Terima Laporan Mengenai Video Tular Warga Emas Berdarah Dibelasah

29-12-2022 09:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 715| Komen: 1

Polis belum menerima sebarang laporan berhubung video tular lelaki warga emas dipercayai dibelasah sehingga berdarah muka dalam kejadian di sini, semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang individu bersama sekumpulan lelaki menarik baju warga emas itu di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya sambil disaksikan oleh orang awam.


Rakaman tular di media sosial

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada individu tampil atau sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu.

Berdasarkan video tular itu, difahamkan mangsa didakwa mencuri beberapa barangan termasuk syampu dari pasar raya berkenaan namun disedari kakitangan di situ.


Bagaimanapun, tindakan salah seorang individu yang mencederakan lelaki terbabit dengan menyepak muka sehingga berdarah mengundang pelbagai reaksi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 29-12-2022 09:52 PM
pak cik tu siap langgar kereta orang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052014 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top