Satu kemalangan luar biasa berlaku di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin, Zhengzhou, di wilayah Henan, China membabitkan lebih 200 kenderaan. Difahamkan, kejadian berlaku berpunca daripada kabus tebal berhampiran bandar Zhengzhou yang menghadkan jarak penglihatan pemandu.
Dalam pada itu, ratusan kenderaan termasuk van dan lori bertindih antara satu sama lain hingga mengakibatkan seorang maut manakala puluhan mangsa cedera. Di samping itu, pasukan bomba dan penyelamat dengan 11 jentera dan 66 anggota yang bergegas ke lokasi kejadian bertindak mengeluarkan ratusan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
Bagaimanapun, keadaan yang terlalu sesak di lokasi terbabit selain kabus tebal yang menghalang penglihatan menyukarkan operasi menyelamat. Pada pagi Rabu, kabus tebal tiba-tiba berlaku di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin, menyebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan perlanggaran pelbagai kenderaan. Menurut, jabatan kaji cuaca di sana, penglihatan terhad dengan jarak kira-kira 200 hingga 500 meter di kawasan berkenaan. Susulan itu, laluan di jambatan terbabit dilencongkan. Malah orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif lain mahupun merancang semula perjalanan. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT