Gelagat pengacara dan usahawan Neelofa yang cemburu ketika diusik oleh peminat sewaktu membuat sesi siaran langsung bersama Mariam Mukhtar di TikTok, baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang tular di platform itu, Neelofa terkejut apabila salah seorang peminatnya tampil membuat tanda pagar menggunakan nama suaminya, Haris Ismail. “Ada sorang ni dia buat #LisaPURiz #PURizLisa. Suka hati kau je nak hashtag suami aku. Berani dia buat depan-depan tak berani tunjuk muka. “Nasib dia letak gambar kartun, kalau kita dapat screenshot muka dia, kita cari sampai dapat. Berani dia hashtag laki aku,” katanya. Lebih mencuit hati, Neelofa turut mengintai profil TikTok individu tersebut dan menyedari bahawa dia merupakan seorang lelaki.
Menyedari perkara itu, sesi live tersebut sekali gus mengundang tawa dalam kalangan rata-rata peminatnya. “Entah-entah bukan perempuan ni, tah-tah lelaki. Eh muka dia lelaki Kak Mar. Astaghfirullahalazim. Terkejut saya,” katanya. Dalam perkembangan terbaharu, Haris kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah selama seminggu. Menerusi perkongsian di Instagram Stories bekas pengacara Nona itu menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. -CARI
|
missbigrockstar replied at 29-12-2022 07:48 PM
Teruk betul eye bag sekati kau lopak. Tak cukup tidur ka.
missbigrockstar replied at 29-12-2022 07:48 PM
Teruk betul eye bag sekati kau lopak. Tak cukup tidur ka.
Diamondmoney replied at 29-12-2022 10:22 PM
Kalau takde niqab tu agaknya cmana muka dia skrg kn. Mesti nmpak lg tua dr setat
Cekgushilla replied at 29-12-2022 10:35 PM
Hahahhahhaha
Jah jah sian terpaksa upah org komen mcm tu
Mentang2 la daddy abdol skrg mmg ummmphh gi ...
ADVERTISEMENT