Mantan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Perak, Mutalib Uthman, menyifatkan tindakan parti itu menggantung keahlian beliau dan menggugurkannya daripada jawatan berkenaan, sebagai tidak berasas.
Mengakui tindakan itu dikenakan ke atasnya, Mutalib bagaimanapun menegaskan, tuduhan bahawa beliau mahu mensabotaj parti dengan menukar kata laluan akaun media sosial sebagai tidak benar. Katanya, ia susulan beliau adalah individu yang mendaftarkan semua akaun media sosial MUDA. Terdahulu, Getaran melaporkan, Mutalib digantung keahlian selama tiga tahun dan digugurkan daripada jawatannya berkuat kuasa kelmarin. Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) parti, susulan laporan diterima Lembaga Disiplin parti berkenaan, membabitkan tindakan Mutalib yang melanggar arahan parti.
“Pada 30 Oktober 2022, Mutalib didapati menaikkan poster di akaun media sosial peribadinya dan MUDA Perak untuk mengumumkan niat bertanding di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dengan menggunakan saluran serta poster rasmi parti, tanpa persetujuan parti. “Tindakan ini didapati melanggar ketetapan MUDA dan melanggar Fasal 5: Tanggungjawab Ahli dalam Perlembagaan MUDA, khususnya Fasal 5.1 (d) patuh dan menghormati keputusan parti dan 5.1 (f) memelihara nama baik dan maruah parti,” katanya. Sumber: Getaran
|
sharlenetexas replied at 30-12-2022 01:56 PM
Mutalib boss dubook?
ADVERTISEMENT