CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kata Nak Wujudkan Laluan Alternatif Te­rowong Menora, Bilanya Nak Buat?

29-12-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1579| Komen: 17

Kekerapan kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa di sepanjang laluan Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan bukanlah perkara baharu, malah telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlakunya pertambahan kenderaan di lebuh raya berkenaan terutama ketika musim cuti perayaan mahupun cuti persekolahan.

Kesan daripada situasi ini mengakibatkan pengguna perlu menempuh perjalanan panjang selain terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di atas jalan raya akibat kesesakan yang berpunca daripada kemalangan di kawasan berkenaan.


GAMBAR fail menunjukkan kemalangan yang berlaku di dalam Terowong Menora sehingga mengakibatkan kesesakan pada 19 Februari 2018.


Bagi pengguna jalan raya, terowong ini dianggap sebagai ‘laluan paling berisiko’ dan sangat berbahaya terutama bagi kenderaan berat seperti bas ekspres dan lori.

Terbaharu, orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati dengan kesesakan sepanjang 17 kilometer (km) pada Isnin lalu apabila sebuah kereta terbakar di KM259 arah selatan berhampiran dengan Terowong Menora.

Berdasarkan laporan, kesesakan sepanjang 5km dilaporkan berlaku pada awal insiden kebakaran itu, namun berlarutan sehingga 17km akibat penutupan lorong kiri di kawasan insiden.

Kesesakan teruk turut berlaku pada 12 Mei lalu, apabila kemalangan di KM246 yang meragut lima nyawa penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menyebabkan trafik sesak 13km.


GAMBARAN dari pandangan atas menunjukkan lokasi Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Seorang pengguna lebuh raya, Mohd. Syafiq Hamzah, 34, berkata, dia yang kerap menggunakan laluan tersebut untuk urusan kerja pernah berhadapan dengan kesesakan akibat kemalangan di kawasan terbabit.

“Ketika itu, kemalangan hanya melibatkan dua buah kenderaan, namun kesesakan yang berlaku sangat luar biasa apabila orang ramai memperlahankan kendera­an masing-masing.

“Memang sangat takut jika keadaan itu (kemalangan) berlaku kerana sudah tentu trafik menjadi perlahan sehingga menjejaskan waktu perjalanan yang telah dirancang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Pengalaman sama turut disua­rakan seorang jurujual, Nur Asiah Md. Razali, 29, yang berkata, laluan sebelum dan selepas terowong berkenaan memang agak berbahaya terutama ketika musim perayaan dengan kehadir­an banyak kenderaan di atas jalan raya.


GAMBAR fail menunjukkan kemalangan yang berlaku di dalam Terowong Menora sehingga mengakibatkan kesesakan pada 19 Februari 2018.

Ujarnya, kesesakan paling t­eruk berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri apabila orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

“Sudah menjadi lumrah akan berlaku kesesakan di Terowong Menora ini menghala ke Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak. Tersangkut dalam ke­sesakan lebih sejam atau dua jam adalah biasa,” katanya.

Dalam pada itu, seorang mekanik, Shahrul Nizam Mohd. Ramli, 42, berkata, dia berharap kerajaan segera melaksanakan laluan alternatif yang dikatakan telah diluluskan sebelum ini.

“Jika tak silap saya, menteri sebelum ini pernah umum akan wujudkan laluan alternatif agar pengguna tak perlu lalu lagi Te­rowong Menora.

“Kalau betul harap disegerakanlah projek itu kerana ia menjimatkan masa dan orang ramai tak perlu berhadapan risiko ke­sesakan akibat kemalangan lagi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, cadangan pembinaan laluan alternatif atau pintas sejauh 64km itu telah diluluskan oleh Kabinet pada Mei lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, laluan itu akan bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 29-12-2022 01:31 PM
Kata nak buat highyway plus 2 ikut laluan sekinchan bagai. Last2 abuk pun Tarak.
Quote blue_blur 29-12-2022 01:32 PM
sabar la, tengah rebut/agih2 nama create proxy company RM1 dulu.
Quote airmineral 29-12-2022 01:41 PM
nak buat projek bukannya cakap arini esok da boleh pecah tanah. ntah mcm² prosedurnya, belum lagi cite modal dan proses² teknikal dan procurement lagi.


yg jln alternatif tu kiranya bertol atau free?
Quote adel7 29-12-2022 01:43 PM
Tol WCE changkat jering - beruas ntah tahun bila nak siap. Kalau siap yg ni. Sedap la sikit boleh lalu WCE
Quote Kitty_catz 29-12-2022 01:44 PM
so mmg takde le ye keta tebang?

kut ada keta tebang in dah settle la masalah traffic jam, tapayah import keta EV harga marhaeh, hapgred jalan sana sini

kan kan kan.. bukan patot 2020 kita dah ada keta tebang? apa cer kampeni yg gigih buat r&d guna floor fan tu haaa?
Quote mimi_ayu 29-12-2022 02:01 PM
Iols sejak dh tau jln alternatif dr tlk intan blk ke kuala kangsar dh ikut highway plus..
Aman2 je lalu blkg x de jem terutama musim raya
Iols xsuka lalu suka terowong menora ni sbb rasa semacam n telinga rasa berdengung bl smp area cni
Quote ultra78 29-12-2022 02:02 PM
Terowong tu mula dipakai tahun 1986. Bayangkanlah berapa jumlah kenderaan peribadi pada waktu tu berbanding sekarang.
Quote prettyuglybabe 29-12-2022 05:00 PM
wce dah nak siap kan..
Quote shernazz 29-12-2022 05:08 PM
Iols masa kecik2 dolu kalau lalu menora neh..mesti buat2 tido dgn adek.iols
Entah kenapa..
Quote totokreturn. 29-12-2022 05:16 PM
WCE katanya 2025 siap
Quote lucky_peace 29-12-2022 05:42 PM
Buat la pintasan dari plus susur bidor/behrang ke jmbtan sultan yusuf tu, terus direct masuk wce.
Quote CiliPadiSedap 29-12-2022 09:09 PM
mimi_ayu: Iols sejak dh tau jln alternat ...


Jiran stinger cakap telan tahi hidung nanti berdesing hilang
Quote ashilalat 29-12-2022 09:35 PM
Masalahnya, alternatif kepada Plus iaitu WCE tu, bercampur aduk laluan lebuhraya dengan laluan persekutuan 5, terutama area Kuala Selangor, Tg Karang, menghala ke Sabak Bernam terpaksa bercampur dgn laluan asal jalan kampung. Bukan sepenuhnya highway.

Buat masa ni kena juga lalu pekan kuala selangor dgn pekan tg karang. Dalam pelan WCE x nampak plak laluan tu nak dialihkan pembinaan highway baru.

Yg selesanya highway ni cuma Banting ke Klang Selatan, Sabak Bernam ke Telok Intan dgn Sitiawan sampai Cgkat Jering.

Area Klang pon terpaksa bercampur dgn laluan NkVE dan Federal kat area Aeon Bukit Raja yg berkemungkinan jem teruk situ.

Tak best highway WCE ni. Sekadar backup x payah lalu Menora oklah, tp kalo dari Klang nak smpaikan ke Sabak lalu laluan persekutuan 5, sakit jugak.
Quote AbukRokok 29-12-2022 09:44 PM
brilliant otak yg buat laluan plus lu ginung ganang sbb n appease pemimpin tempatan supaya lalu ipoh
kalu buat ikut laluan wce sendu plk ipoh tu
Quote kucingitam 4-1-2023 04:02 PM
ala pe susah, keluar ipoh, ikut jalan lama keluar balik kuala kangsar..ok pe..
Quote prizadane 4-1-2023 04:05 PM
kucingitam replied at 4-1-2023 04:02 PM
ala pe susah, keluar ipoh, ikut jalan lama keluar balik kuala kangsar..ok pe..

Iols kalau nak pergi kuala kangsar or penang ke, memang ikut jalan dalam. Keluar siap-siap kat ipoh or gopeng. Kosser ah iols nak merangkak kat terowong menora ni. Pastu masuk balik highway kat changkat jering
Quote kucingitam 4-1-2023 04:13 PM
prizadane replied at 4-1-2023 04:05 PM
Iols kalau nak pergi kuala kangsar or penang ke, memang ikut jalan dalam. Keluar siap-siap kat ipo ...

betul, skrg ni nak selamat mmg kena buat gitu..kalau tak, selamatlah kau dalam jem melekat menora tu.silap2 sampai tapah jemnya...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041582 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top