CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Maut Jatuh Longkang Semasa Jelajah Politik

29-12-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 569| Komen: 0

Sekurang-kurangnya lapan maut manakala ramai lagi cedera selepas mereka terjatuh ke dalam longkang akibat "rempuhan" semasa jelajah politik di Andhra Pradesh, semalam.

Bekas Ketua Menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.


Gambar hiasan

Terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada situasi seperti rempuhan, menurut laporan media tempatan.

Parti Telugu Desam (TDP) Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga si mati.

"Kematian penyokong TDP adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka.


"Mangsa yang cedera akan menerima rawatan yang lebih baik," kata Nara Lokesh, setiausaha agung TDP menerusi ciapan di Twitter.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.037919 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top