Anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan Jebat sedang mengira nombor.
Menerusi hantaran tersebut, Jebat mengira menggunakan bahasa Inggeris sehingga membuatkan Sharnaaz memuji kepintaran anaknya. “Four!” jawab Jebat sambil menunjukkan jari. “Oi four? Hang cakap orang putih. Hahaha anak papa ni dahsyatlah! Where are you from? Malaysia? You are not from Dubai?” soal Sharnaaz kepada anaknya itu. Tidak mendiamkan diri, Jebat menjawab soalan Sharnaaz dan turut mengatakan bahawa dirinya bijak walaupun tidak pergi ke sekolah.
“Yes! Yes! Tak sekolah pun pandai,” jawab Jebat. Terhibur dengan jawapan Jebat, Sharnaaz mengatakan bahawa itu adalah alasan untuknya jika tidak mahu ke sekolah. “Oh tak sekolah pun pandai? Habis itu guna alasan tak nak pergi sekolah. Kau tengoklah cerdik dia dok pusing. Kalau bab pusing hang memang champion lah boy,” kata Sharnaaz.
|
MatDeghem replied at 29-12-2022 12:22 PM
memang keturunan orang pandai2 kot....
makcik nya SPM dapat 10A
Burong_Hantuk replied at 29-12-2022 02:56 PM
kesian nanas kepam nih,harap tumpang content anak
MatDeghem replied at 29-12-2022 04:15 PM
juga harta anak dia yg bakal di warisi dari tok sanjy ....
MatDeghem replied at 29-12-2022 03:15 PM
juga harta anak dia yg bakal di warisi dari tok sanjy ....
bondeh replied at 29-12-2022 03:26 PM
Cuke ati jebat ah taknak cekoyah pong
ADVERTISEMENT