Mengaku bukan mudah untuk mendapat tempat dalam kalangan peminat drama berbahasa Melayu, pelakon Daniel Fong bagaimanapun kini boleh tersenyum bangga apabila mula diberi kepercayaan menggalas watak utama.
Percaya usaha kecil pastinya membuahkan hasil, pemilik nama sebenar Daniel Fong Weng Chuan, 29, berharap peluang diberi ini menjadi batu loncatan untuk namanya terus dikenali. "Perlahan-lahan daripada watak kecil dan pembantu, kini saya diberi peluang untuk memegang watak utama dalam drama bersiri. Tidak mudah untuk menjadi pelakon, tambahan saya adalah pelakon berbangsa Cina yang bekerja dalam pasaran Melayu. "Untuk kekal bersaing saya cuba memperbaiki diri dengan menghadiri kelas lakonan dan sentiasa belajar ketika di set penggambaran daripada rakan pelakon lain," katanya kepada mStar.
Tambah Daniel, penantian selama lima tahun dalam dunia seni juga berbaloi apabila bakatnya mula dipandang oleh syarikat produksi dan ditawarkan berlakon dalam drama terbaharu berjudul Bintang.
|
Hoshhi replied at 29-12-2022 06:08 AM
Muka macam pelakon Thailand sikit. Helok dari shawn lee
Zeatyisaac replied at 29-12-2022 02:58 PM
Best of luck Daniel Fong!
Tetiba heroinnya Ruhaines.... Terus turn off.
Hoshhi replied at 29-12-2022 02:08 PM
Muka macam pelakon Thailand sikit. Helok dari shawn lee
ADVERTISEMENT