CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur Baru 22 Tahun, Lelaki Asal Kedah Dah Mampu Beli Alphard, Satria Neo, Honda, BMW Secara Tunai!

29-12-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4996| Komen: 67

Kuala Lumpur: Usianya baru 22 tahun, namun pemuda ini sudah mampu membeli kereta daripada jenama mewah, BMW untuk kegunaan sendiri.

Meskipun kenderaan terpakai, Noor Alif Hazrin Mohd Radzi, 22, berbangga dapat membelinya secara tunai pada harga lebih RM90,000 dengan hasil titik peluhnya menjual produk sendiri dan menjadi ejen dropship sejak berusia 18 tahun.


Pemuda berasal dari Sungai Petani, Kedah itu turut membeli secara tunai kenderaan terpakai jenama mewah seperti Toyota Alphard (RM60,000), selain Honda Civic (RM50,000) dan jenama tempatan, Proton Satria Neo (RM20,000).


Foto: Harian Metro

"Pada 2021 ketika umur saya 21 tahun, saya ada beli kereta Proton Waja tetapi sudah menjualnya dan pada tahun sama, saya beli pula Toyota Alphard sebab lebih besar serta memudahkan untuk saya ambil stok (barang jualan).


"Kemudian, saya beli lagi Proton Satria Neo dan penghujung tahun lalu, beli pula Honda. Pada Mac lalu baru saya beli BMW ini," katanya.

Menurutnya, dia membeli semua kenderaan itu secara tunai kerana berpegang kepada pesanan arwah ibunya yang tidak menggalakkan dia berhutang selagi masih belum habis belajar.

"Lagipun saya tiada kerja tetap lagi ketika itu, jadi sebab itu saya tak beli kereta baharu yang memerlukan saya buat pinjaman bank.

"Ramai kecam, ada kata saya tak kena kejar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)... tapi mereka tidak tahu cerita sebenar, sedangkan harga kereta yang dibeli itu boleh buat separuh deposit kereta baharu," katanya.

Menurutnya juga, dia sudah mewakafkan Toyota Alphard sebelum ibunya meninggal dunia pada Julai lalu, kepada sebuah masjid di Kuala Selangor untuk dijadikan kenderaan jenazah.

"Saya ambil keputusan untuk wakafkan kenderaan itu sebagai saham akhirat saya dan arwah ibu, memandangkan tiada yang menggunakannya," katanya yang turut menjual semula Proton Satria Neo.

Noor Alif Hazrin yang mengeluarkan produk sendiri pada Jun lalu berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok baru-baru ini sebelum ia tular.

"Perkongsian itu bukan nak buktikan apa-apa (atau menunjuk), sebaliknya saya nak berkongsi perjalanan kehidupan saya dari umur 18 tahun hingga sekarang, selain untuk kenangan.

"Nanti bila-bila boleh tengok semula terutama ketika saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur waktu sambung belajar dulu dengan segala-galanya perlu tanggung sendiri.

"Pemergian mak meninggalkan impak besar dalam hidup saya. Selama ini saya tak kongsi kesusahan, tetapi baru ini kongsi apa saya sudah buat untuk mak. Alhamdulillah, saya sempat membahagiakan mak saya walaupun tak lama," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 29-12-2022 11:44 AM
Dia keluarkan produk apa?
Quote SweetRehan 29-12-2022 11:48 AM
Beli banyak2 kereta buat apa?....
Quote cik_Sally 29-12-2022 11:49 AM
Tapi, arwah mak dia lupa pesan supaya jangan jadi founder produk timbang kilo.
Quote Buritan 29-12-2022 11:51 AM
Mcm gayah je
Quote sufi^_^ 29-12-2022 11:52 AM
SweetRehan replied at 29-12-2022 03:48 AM
Beli banyak2 kereta buat apa?....

Ahfat & bmw & mustang ni lambang prestij bagi ponder produk timbang kilo. Sapa tak ada, belum berjaya dalam hidup katanya.
Quote JunkMail 29-12-2022 11:56 AM
Sapa penulis artikel ni.. bodoh nawwww. Aku baca sampai ke sudah tak tau punca pendapatan nya apa.. kau gebang beli kereta berbiji-biji tapi tak cakap macam mana dapat duit orang kompom ingat kau cuci duit dekkk
Quote melinda_kerr 29-12-2022 11:57 AM
Kereta mewah lambang kejayaan ke?
Quote Tinot7 29-12-2022 12:03 PM
Murmurnya rega keta terpakai sumer tuh..
Quote tobobon 29-12-2022 12:10 PM
so weird x bg tau jual produk apa...cam mana nak tarik orang join neh...takkan tak belajar modus operandi 101
Quote sang_kuriang 29-12-2022 12:10 PM
Tipikal, kereta besar je byk duit, menyampah betul
Quote chikumanis 29-12-2022 12:12 PM
alpad, neo, H n bmw ni tersangatlah yesteryearssssss nya la hai. nak tunjuk kaya sngat, rembat la sebiji dua keta yg ada 3/5biji dalam dunia. aiisshh..

bukan jeles tp tu lah, ukur kekayaan dengan kereta...adooiii..

jangan jadi macam sapie dahlah dik..
Quote prettyuglybabe 29-12-2022 12:17 PM
dobi jenama apa dia buka
Quote tripleid 29-12-2022 12:21 PM
ponder produk timbang kati detected..
Quote Samerosie 29-12-2022 12:22 PM

Dobi jenis 10 baju masuk keluar jadi kedai bobba tea.
Quote ultra78 29-12-2022 12:29 PM
Jadi agen dropship rupanya. Di Malaysia ni nak jadi kaya tak perlu belajar tinggi. Jadi aje founder kosmetik atau agen produk kecantikan. Nanti yang belajar tinggi dan kemudian kerja makan gaji minimum akan serbu beli produk kau disebabkan low self-esteem. Produk kecantikan wanita ni memang lubuk buat duit.
Quote tungkai 29-12-2022 12:29 PM
Aku hanya berminat cemana dia nak maintain kereta2 tu aje. Jgn jadi mcm member aku. Beli new Honda Civic pastu nak isi minyak & makan bercatu...
Quote rykall 29-12-2022 12:39 PM
Kenapa tak beli rumah, banyakkan aset hartanah?. Dari beli kereta yg cepat susut nilai. Patutnya ada duit lebih beli rumah di pelbagai negeri jadi kalau pusing2 kat serata Malaysia ni ada rumah kat negeri.

Kebanggaan tidak terletak pada banyaknya kereta mewah tapi hartanah yg dibeli di lokasi strategik.
Quote VespaSilbe 29-12-2022 12:47 PM
ada oak gula kut...
Quote blue_blur 29-12-2022 12:55 PM
yini okey takda masalah, beli cash. cuma sakit nak maintain la, patut dropship advance kan sikit jadi master stokis, atau premis kekal.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064024 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top