CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat China Berlumba-Lumba Beli Tiket Ke Luar Negara!

29-12-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3358| Komen: 48

BEIJING – Beribu-ribu rakyat China bergegas menempah tiket penerbangan ke luar negara selepas Beijing akhirnya menamatkan peraturan kuarantin wajib yang dikuatkuasakan sejak tiga tahun lalu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Beijing Isnin lalu mengumumkan bermula 8 Januari tahun depan, penumpang ketibaan antarabangsa tidak perlu lagi dikuarantin dan ia merupakan langkah terbaharu untuk melonggarkan dasar sifar Covid.

Sebelum itu awal bulan ini, China membatalkan ujian saringan mandatori dan perintah berkurung di negara itu.


Foto: EPA

Kini, ramai penduduknya gembira apabila mengetahui langkah penamatan sekatan yang menyebabkan sebahagian besar negara tersebut ditutup kepada dunia sejak Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.


Penamat sekatan itu juga bermakna para pengembara hanya perlu menjalani ujian tindak balas rantian polimerase (PCR) 48 jam sebelum mereka memasuki China dengan menaiki pesawat.

“Saya berasa seperti epidemik ini telah berakhir. Rancangan perjalanan yang saya buat tiga tahun lalu kini mungkin menjadi kenyataan,” kata seorang pekerja pejabat di Beijing, Fan Chengcheng.

Sementara itu, seorang wanita dari Shanghai yang hanya mahu dikenali sebagai Chen pula berkata, keputusan pemerintah itu umpama seseorang telah menekan ‘butang’ untuk menamatkan filem sambil menambah bahawa ibu bapanya di Britain akan dapat melawatnya dengan lebih mudah.

“Akhirnya, China kembali normal,” katanya.

Carian dalam internet untuk penerbangan ke luar negara melonjak apabila berita tersebut diumumkan dengan laman web tempahan pelancongan, Tongcheng, menyaksikan lonjakan 850 peratus dalam carian dan peningkatan 10 kali ganda dalam pertanyaan mengenai visa.

Saingannya, Trip.com pula menyatakan bahawa carian untuk destinasi luar negara yang popular meningkat 10 kali ganda dalam tempoh setengah jam selepas pengumuman itu dengan para pengguna sangat berminat untuk pergi ke Macau, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Korea Selatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote greantea 29-12-2022 11:39 AM
nak g sebar virus ker?
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:40 AM
para pengguna sangat berminat untuk pergi ke Macau, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Korea Selatan
takda pun tanah melayu?
Quote ina_na 29-12-2022 11:41 AM
Bukan ke last week kuar berita COVID kat sana naik tinggi..ni lepaskan semua..kang lps tu Kita pulak yg teruk kn kurantin... Anak2 sekolah la yg payah gan pdpr .dpt lak cikgu pilih bulu..anak emas 916 semua nye dpt kelebihan..anak kita ni mcm2 info X bg..menyampah je
Quote Simunggu 29-12-2022 11:42 AM
nak sebar covid pg Sabah ya???
Quote miss_white 29-12-2022 11:45 AM
Setan dah keluar
Quote prettyuglybabe 29-12-2022 12:16 PM
bertabah je la dengan ultra kiasu
Quote paz 29-12-2022 12:23 PM
Suspend betul kan.
Quote darkness 29-12-2022 12:28 PM
Org aman2 je covid terkawal. Ni negara nan satu ni asyikla covid mengganas. Ntah bala apa tuhan turunkan dkt korang ni sampai begitu sekali
Quote jfq 29-12-2022 12:49 PM
Adoi beijing patut announce lepas chinese new year
Ni abis la berbondong2 umat keluar negara masa cny. Mesti sesak ya amat. Harga barang pun naik giler2 ummah china dah 3 tahun simpan duit mesti gi shopping tak hingat donia
Quote kotakominami 29-12-2022 03:12 PM
Mcm nk jadi trojan horse...sebar covid merata dunia.....
Quote Decaffeinated 29-12-2022 03:42 PM
ina_na replied at 29-12-2022 11:41 AM
Bukan ke last week kuar berita COVID kat sana naik tinggi..ni lepaskan semua..kang lps tu Kita pulak ...

menunjukkan berita wartawan ni pun tak boleh pakai especially yang copy, paste, translate. Sama kualiti content tik tok je. Yang buka thread pun bukan pergi China pun. Semalam kot RTM tunjuk berita cuaca panas di Itali siap footage orang makan aiskrim sedangkan semua tau skrg ni kat sana winter.

Quote ina_na 29-12-2022 03:53 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2022 03:42 PM
menunjukkan berita wartawan ni pun tak boleh pakai especially yang copy, paste, translate. Sama ku ...

Laaa teruk btl sampai musim winter pun tunjuk bukan musim winter.. pe la nk jd Kan .berita pun tah la..kang kata menipu kn marah la pulak
Quote KamikuP 29-12-2022 04:01 PM
Yakjuj makjuj dah kuor
Quote mr_cool5885 29-12-2022 05:03 PM
Ready tahun depan kena kira selipar lagi kat rumah2
Quote shernazz 29-12-2022 05:07 PM
Duit dah jota2.simpan takkan nak dok dalam negara lagi..
Kasi keluar la luaskan kiasumu
Quote ultra78 29-12-2022 05:10 PM
Baik korang beli stok Panadol awal-awal...
Quote dani-rox 29-12-2022 05:13 PM

Quote Decaffeinated 29-12-2022 05:55 PM

"Babi Terlepas Kandang" ? offensive giler tajuk


Quote stingerkaypoh 29-12-2022 09:00 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2022 03:42 PM
menunjukkan berita wartawan ni pun tak boleh pakai especially yang copy, paste, translate. Sama ku ...

Semua org tak kena cam mak nenek. Benang ko sundiri sendu takde og teringin nk komenz Pot pet cam pre menopausal syndrome khuenz!?

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047997 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top