CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Lembah Bujang Tak Glamour Macam Angkor Wat? "Orang Malaysia Tak Minat Sejarah, Tahu Datang Nak Makan Nasi Lemak Royale Je"

29-12-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3605| Komen: 68

Malaysia mempunyai banyak destinasi menarik untuk diterokai disebabkan keunikan bentuk muka bumi selain memiliki kepelbagaian biodiversiti yang sering menjadi pilihan percutian pelancong asing.


Tidak kurang juga peninggalan monumen bersejarah yang berusia ribuan tahun dan kekal terpelihara sehingga menjadi tarikan utama dalam sektor pelancongan negara.

Pun begitu, jika dibandingkan dengan negara luar seperti Thailand dan Kemboja, lokasi-lokasi bersejarah di Malaysia tidaklah popular meskipun kawasannya jauh lebih besar dan lama.


Foto: Sinar Harian

Seperti yang disuarakan seorang pelayar Twitter, Hezeri Samsuri, Angkor Wat yang terletak di Kemboja lebih terkenal berbanding Lembah Bujang di Kedah, sehinggakan menjadi lokasi rakaman filem Lara Croft: Tomb Raider.


“Lembah Bujang di Merbok, Kedah adalah sebesar 1,000 kilometer (km) persegi, jauh lagi besar daripada Angkor Wat.

“It is also older - at least 1,900 years old. 50 candi dah dijumpai dan dipercayai ada banyak lagi tertimbus. Awat (kenapa) Angkor Wat lagi glamour sampai Lara Croft pun mai?” ajunya menerusi ciapan di laman Twitter.

Rata-ratanya mula berdebat dan menzahirkan pandangan masing-masing tentang persoalan yang dikemukakan itu.

Ada yang merasakan monumen atau lokasi bersejarah itu terpinggir disebabkan tiada promosi selain minat pelancong tempatan sendiri yang lebih cenderung kepada tarikan lain seperti makanan.




“Tapak arkeologi Sungai Batu Merbok pun tersimpan banyak khazanah ilmu tapi macam biasa negara kita... mai (datang) Kedah tau (nak makan) nasi lemak royale saja.

“Entahlah. Negara kita tak pandai nak bangunkan, jaga dan promote benda-benda macam ni. Sedangkan kalau oversea, pintu atau batu apa-apa pun boleh jadi tempat lawatan,” ujar sekumpulan netizen.

Sesetengah yang lain mengaitkan isu agama berikutan Lembah Bujang adalah bukti kedatangan agama Hindu di Tanah Melayu sebelum Islam.

“Sebab Lembah Bujang membuktikan bahawa agama Hindu sampai paling awal di Tanah Melayu.

“Orang Malaysia ni tak suka jaga benda sejarah. Istana-istana dan masjid-masjid lama pun tak jaga.

“Mungkin sebab ia berkait agama, akidah, kepercayaan jadinya ada kekangan. Mungkin yang patut usahakan benda ni ialah penganut Hindu sendiri, bawa proposal pada kerajaan dan sebagainya.

“Several candi sites dah dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ‘pembangunan’ di Lembah Bujang,” luah beberapa netizen.

Sementara itu tidak kurang juga membandingkan struktur binaan Lembah Bujang dan Angkor Wat yang mempunyai pelbagai binaan bersaiz besar.

“Dah pernah pergi (Lembah Bujang)... banyak runtuhan candi-candi kecil saja. Tak sebesar gah macam Angkor Wat dan Borobodur (di Indonesia), sebab tu ramai tak minat.

“Angkor Wat diiktiraf sebagai tempat pelancongan nasional di di Kemboja, manakala ramai di antara kita tak ingat Lembah Bujang diberikan kredit dan pengiktirafan yang sama.

“Sebab Angkor Wat retain, maintain dan rebuild parts yang dah runtuh sampai jadi macam ni.

“Pernah datang sini tahun 2015. Jauh beza dengan Angkor Wat tu... Angkor Wat banyak betul kuil, candi, patung dan sebagainya, dan terserlah kesan sejarah semua.

“Lembah Bujang? Satu apa pun tak nampak kecuali tapak candi dan sebuah muzium kecil,” jelas segelintir warganet yang pernah melewati kedua-dua kawasan peninggalan tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 29-12-2022 11:09 AM
Punyalah tak glamer sampai akak pun malas nak komen sis, tapi akak terpaksa komen juga sebab nak bagi tau akak malas komen, sister.
Quote kemaruk 29-12-2022 11:13 AM
Agak2 la nak samakan dengan angkor wat
Quote aina_shaira 29-12-2022 11:27 AM
Jauh bebeno perbezaan nya ittew
Quote Skuau 29-12-2022 11:33 AM
kalo x minat.sejarah...xde la A Famosa yg didirikan atok kpd atok kpd atok kpd atok...CR..kt Melaka tu penuh setiap musim cuti...cuba la 'buat sesuatu'.
Quote ninja boy 29-12-2022 11:35 AM
Bukan ada mumia atau patung terra cotta atau warrior atau senibina atau ufo piramid
Quote brego 29-12-2022 11:40 AM
Edited by brego at 29-12-2022 11:47 AM

setakat datang cuma tengok tapak runtuhan binaan,
yang tinggi batu nya level ketiak, apa explanation pun takde,
orang tak heran nak datang tengok.

lain la jumpa ziggurat ker, piramid ker.
baru la nampak gah lagi kebabom.
boleh selfie masuk instagram.
Quote kitaserupaaa 29-12-2022 11:43 AM
Edited by kitaserupaaa at 29-12-2022 12:07 PM

Binaan angkor wat, borobodur, ancient temple kat bagan myanmar & sigiriya sri lanka semuanya still standing elok & dijaga. Tiket masuk tempat2 ni pun bukannye murah sbb tourist pun tau banyak duit nak guna untuk maintain tempat2 ancient mcm tu. Pernah gi lembah bujang beberapa tahun lepas, tak nampak sgt kwsn tu ada binaan2 yg gah utk zaman tu. Nak visualize pun payah. Maybe boleh tiru macam negara2 lain dorg buat visual reconstruction or projection mapping of historical monuments / buildings. So visitors dapat la gambaran gah nye macam mana binaan tu dulu.
Quote Orix 29-12-2022 11:43 AM
angkor watt tu ada dinding dinding yang menghadangi dan menghalangi, jiwa dan raga, cinta jua cita ..... lembah bujang kalau hujan habis basah kuyop dek, org dtg pun tgok lantai je dekk
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:46 AM
nak komplen pun bodoh

Quote _kelly 29-12-2022 11:49 AM
yang compare tu pernah jejak angkor wat ke..kat lembah bujang ada ke guide yang boleh cerita satu persatu sejarah kejadian lembah bujang macam guide kat angkor wat buat?

kalau takde jangan komplen dek
Quote _kelly 29-12-2022 11:51 AM
kitaserupaaa replied at 29-12-2022 11:43 AM
Binaan angkor wat, borobodur, ancient temple kat bagan myanmar & sigiriya sri lanka semuanya still s ...

kalau kat siam ayutthaya dorang ada usaha nak baik pulih wat2 yang dah rosak, siap ada mini wat kat setiap tapak..even bangkok pon sentiasa ada baik pulih mencatikkan wat2 depa..kalau g lembah bujang nak imagine bangunan macam mana pun xtahu.
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:52 AM
Skuau replied at 29-12-2022 11:33 AM
kalo x minat.sejarah...xde la A Famosa yg didirikan atok kpd atok kpd atok kpd atok...CR..kt Me ...

yang susah2 datang dari jauh ke A Famosa pun ada yang menyesal, nasib baik ada lagi satu kat Alor Gajah

Quote JunkMail 29-12-2022 11:53 AM
Nak kena jawab ke soalan ni? Budak ni pernah tengok Angkor wat tak? Rasa nak maki pulak ...
Quote kitaserupaaa 29-12-2022 12:04 PM
_kelly replied at 29-12-2022 11:49 AM
yang compare tu pernah jejak angkor wat ke..kat lembah bujang ada ke guide yang boleh cerita satu pe ...

Angkor watt complex tu luas gila. Amik day pass pusing 6 temple dalam 1 hari pun rasa macam rush gila dari sunrise sampai la sunset. Masa tu tket masuk sehari usd20 kot. Aku ngn trip buddies siap hire tuk tuk driver untuk bawak kami dari satu temple ke satu temple.
Quote namieamuro 29-12-2022 12:13 PM
hengko terlebih telan nasik lemak royale ke sampai tak bole beza perbezaan angkor watt dgn tmpt dlm gamba tu?

tgk lara croft jdkan situ lokasi die blakon pn jauh sgt beza nye dik non.
Quote _kelly 29-12-2022 12:28 PM
kitaserupaaa replied at 29-12-2022 12:04 PM
Angkor watt complex tu luas gila. Amik day pass pusing 6 temple dalam 1 hari pun rasa macam rush g ...

betul2..masa iols masuk dulu pon lebih kurang harga camtu..punya la luas satu2 wat tu nak pusing keliling pon makan masa jugak..imagine la nak pusing habis satu compound angkor wat tu..kalau ambik guide laaagiii la lama duk dengar dia cerita history segala

budak ni nak compare dengan lembah bujang silap banyak la..nampak bodoh terus
Quote jiwasemangat 29-12-2022 12:40 PM
Benda yg secenonet nak dibanding kan dengan benda yg gahhh besar gila². Kalau tinggalan tuu sebesar alhambra  kerr, hagia sophia kerr... logik gakk laa. Kat mana laa yg kata sebesar 1000 km per segi . Siapa laa nak tengok tanah sahaja. Tanah ada kat mana². Kat laut saja yg tiada pon.
Quote tripleid 29-12-2022 12:46 PM
mmg pun, sbb kjaan gagal tak reti nak promote..bukan nya nak suruh lembah bujang tu femes gila2 mcm angkor wat sgt pun tapi atleast biarla jadi tarikan pelancongan kat kedah tu selain langkawi..ni tak balik2 langkawi,walhal cantik kot area lembah bujang,gunung jerai tuh..kalo promote betul2 boleh jadi destinasi eco-sejarah pelancongan plg top kat Msia kalah Cameron Higlands
Quote white_musk 29-12-2022 12:47 PM
Akak lehat orang malaysa suka melantak saja tak peduli tinggalan sejarah apa kejadah semua itu

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090119 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top