CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Sampai Lapangan Terbang Tapi Tak Jadi Bercuti, Isteri Belasah Suami Sebab Jumpa Gambar Bogel Wanita Dalam Handphone

29-12-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1560| Komen: 14

COLUMBIA, Carolina Selatan – Trip percutian sepasang suami isteri ke negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat terpaksa dihentikan sebelum ia bermula apabila si isteri ditahan kerana menyerang suaminya di sebuah lapangan terbang selepas dia menemui gambar tidak senonoh pada telefon bimbit mangsa, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Paula Barbour, 55, didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap mangsa selepas konfrontasi ganas berlaku pada Rabu minggu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston, lapor stesen televisyen WCSC.

Polis bertindak balas terhadap insiden itu pada pukul 2.50 petang (waktu tempatan) dan mendapati pasangan tersebut sedang bertengkar selepas Barbour menemui gambar bogel pada telefon bimbit suaminya itu.


Foto: New York Post


“Suspek menyatakan bahawa dia hanya mahu melarikan diri daripada mangsa dan pulang ke rumah,” demikian menurut laporan polis.

Barbour berkata, mereka tiba di Carolina Selatan untuk bercuti tetapi perasaannya bertukar marah apabila dia melihat beberapa gambar tidak senonoh pada telefon bimbit suaminya.

Mangsa bagaimanapun menafikan dia diserang tetapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang menunjukkan isterinya menendang kaki mangsa, membaling telefon ke lantai dan cuba memukul mukanya.

Suspek akhirnya mengaku menyerang mangsa dan dia ditahan serta dibawa ke Pusat Tahanan Al Cannon. Dia  dibebaskan sehari kemudian dengan ikan jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 29-12-2022 11:37 AM
mmg padan muka kena belasah laki gini, kerat kote tu
Quote TOPwind 29-12-2022 01:31 PM
dah tua pun bini dia tu- hodohlah

ala setakat gambar bogel

lagi pun bogel2 disana biasa2 je

tak heranlah
Quote darkness 29-12-2022 01:34 PM
Padan muka
Quote Kitty_catz 29-12-2022 01:41 PM
lerhai.. kut gugle belambak2 gambo ada nyah.. ko nak ketek besau, kecik,  gayah, tembus belakang, depan, bdsm

apooooooooooooooooooooooooooo
Quote jazaa100 29-12-2022 01:45 PM
Baik lak laki dia bekap wife ....
Dah kena belasah pun masih kata tak takut wife kena dakwa
Quote KirazMevsimi 29-12-2022 07:05 PM
haaaa aaaaa
Quote KirazMevsimi 29-12-2022 07:07 PM
jangan la simpan gambar cenggitu
Quote Belibis 29-12-2022 07:10 PM
TOPwind replied at 29-12-2022 01:31 PM
dah tua pun bini dia tu- hodohlah

ala setakat gambar bogel

Memang biasaaaaa..kecuali kat hp laki sendiri.
Quote sukacactus 29-12-2022 07:23 PM
Tp untuk omputih 50an, rupa acik ni takde la teruk sgt kan
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:56 PM
Kelakar pulak laki dia yang nafikan tapi kantoi dgn CCTV

jangan pukul rata omputih ni seperti yang kita sangka. Bukan ya, silap sangat tu.

Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 11:58 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 30-12-2022 12:02 AM
KirazMevsimi replied at 29-12-2022 07:07 PM
jangan la simpan gambar cenggitu


Betul tu, tabbaik simpan sorang-sorang, kena sebarkan ke serata internet, sharing is caring
Quote sharlenetexas 30-12-2022 12:05 AM
Ada la iras nek celine dion skit.


Quote green~tea 30-12-2022 12:34 AM
Join tengok skali lah gambo2 tu... mende apa takat tersave gambo gitu pun nak bertumbuk...

Kecuali lah laki dia ada posing skali dalam gambo itu.. mmg selayak nya kena sepak
Quote edayildiz 30-12-2022 12:37 AM
pttnya gini la isteri isteri lembik diluar sana bertindak

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.035540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top