CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok Besar 100 Tahun Masih Tak Ditebang, "Jangan Sampai Ada Yang Mati Kena Hempap"

29-12-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2501| Komen: 24

REMBAU – Kira-kira 300 penduduk di Kampung Perigi Jernih di sini terpaksa bergadai nyawa setiap hari apabila perlu melalui sebuah pokok besar berusia 100 tahun yang dibimbangi boleh tumbang pada bila-bila masa.


Penduduk mendakwa, pokok besar itu yang terletak di jalan utama untuk keluar masuk kampung berkenaan masih belum ditebang walaupun perkara itu sudah disuarakan sejak awal tahun ini.

Tinjauan mendapati, banyak ranting sudah patah dan pokok itu pula hanya tunggu masa untuk tumbang terutama ketika angin kencang.


Foto: Kosmo

Penasihat Surau Nur Hidayah Kampung Perigi Jernih, Mejar (Bersara), Md Rathi Ahmad, 75, berkata, dia sudah menyelesaikan banyak perkara seperti yang dituntut pihak berkaitan terma­suklah mendapatkan persetujuan pemilik tanah untuk me­nebang pokok berkenaan.


“Di kampung ini ada sekitar 300 penduduk yang akan keluar masuk menggunakan laluan ini untuk ke Rembau mahupun ke Seremban. Keadaan pokok ini memang membimbangkan.

“Kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat menebang pokok besar ini bagi menge­lakkan kejadian tidak diingini berlaku terutamanya sekiranya membabitkan kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di Kampung Perigi Jernih di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Raziff Mansor, 49, berkata, masalah berkenaan sudah dalam pengetahuan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan mereka masih me­nunggu berita baik dari kerajaan bagi membolehkan pokok itu ditebang.

“Sebagai penduduk, memang kami bimbang sebab hari-hari guna jalan ini dan dapat dilihat ada ranting dan dahan jatuh ke jalan. Kita tidak mahu kejadian buruk berlaku.

“Sekiranya pokok ini tumbang, wayar serta tiang pasti akan tumbang juga serta menjejaskan penduduk.

“Lebih parah lagi jika tumbang dan mengenai penduduk, ia sa­ngat berbahaya dan sangat dikesali,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 25 Disember lalu melaporkan, seorang penunggang motosikal maut, manakala pembonceng cedera parah dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa Muhammad Ikram Mohd. Yazid berusia 21, yang ber­alamat di Jalan Kampung Perigi Jernih, Rembau maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 29-12-2022 06:35 PM
Kj mana kj? Oh lupa skarang tokmat.
Quote gerbera.memopad 29-12-2022 06:41 PM
Kalau negara barat terbalik, depa dah buat petition dah nak save the tree bagai
Quote pooh~key 29-12-2022 06:43 PM
Sama umur dengan ex peeyem kita dekkkk….
Quote ultra78 29-12-2022 06:51 PM
Sah itu bukan pokok beringin. Kalau itu pokok beringin sudah tentu ada kuil bawah pokok..
Quote tripleid 29-12-2022 07:08 PM
Bodoh bangang celaka tebang pokok umo beratus tahun..semoga yg menebang tu hidop x aman mampos kena hempap pokok balak
Quote tripleid 29-12-2022 07:10 PM
gerbera.memopad replied at 29-12-2022 06:41 PM
Kalau negara barat terbalik, depa dah buat petition dah nak save the tree bagai

Beza kan mentaliti umat negara maju dgn negara mundur..
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:42 PM
pooh~key replied at 29-12-2022 06:43 PM
Sama umur dengan ex peeyem kita dekkkk….

tapi yang itu tak menghempap, jangan pula ada yang tebang
Quote Decaffeinated 29-12-2022 11:51 PM
gerbera.memopad replied at 29-12-2022 06:41 PM
Kalau negara barat terbalik, depa dah buat petition dah nak save the tree bagai

hidup ni macam tu lah


Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 11:55 PM
Saka 97tahun tu bila nak tumbang-tumbang?
Quote jari10 30-12-2022 12:23 AM
REMBAU – Kira-kira 300 penduduk di Kampung Perigi Jernih di sini terpaksa bergadai nyawa setiap hari apabila perlu melalui sebuah pokok besar berusia 100 tahun yang dibimbangi boleh tumbang pada bila-bila masa.


Ohh bahasa Malaysia SPM sekarang memang SEBUAH ya penjodoh bilangan utk pokok? Sebab dia berbuah? Maka jadilah SEBUAH pokok?
Quote edayildiz 30-12-2022 12:26 AM
teringat novel pohon beringin ke berangan..cite hantu xsilap..minik dia nama gayah
Quote Highflyer19 30-12-2022 07:54 AM
jari10 replied at 30-12-2022 12:23 AM
Ohh bahasa Malaysia SPM sekarang memang SEBUAH ya penjodoh bilangan utk pokok? Sebab dia berbuah?  ...

Pelik2 bahasa skrg...sebatang dgn sebuah pun tk tau nk guna properly...
Quote ellejo 30-12-2022 08:17 AM
tapi yeke tu jalan utama keluar masuk kampung???? tak mcm jalan utama pun bentuknya. takde effort nak jadi jalan utama pun. garisan putih pun takde. macam lorong biasa je. paham tak maksud aku?
kampung aku melambak lorong gini tepi kiri kanan pokok besor.

penah aku naik basikal sebelum maghrib apa benda entah jatuh tengah jalan kene kepala aku.  aku tinggal jah basikal tu lari balik rumah ingatkan hantu jembalang duk usik aku. idok buat permohonan pun suruh tebang pokok tu. asimilasi kan. terima jelah kewujudan memasing. aman jah dia berfotosintesis hingga kini. kekadang je majlis maintain dia kasi trim.
Quote shamsadis 30-12-2022 08:27 AM
biasa dah ada tokong kecil
Quote supernaturalee 30-12-2022 08:33 AM
nk tebang pokok pun sampai bg tau 1 dunia ke


Quote kakikuDibibirmu 30-12-2022 08:36 AM
Highflyer19 replied at 30-12-2022 07:54 AM
Pelik2 bahasa skrg...sebatang dgn sebuah pun tk tau nk guna properly...

Sebatang kalau dia ada batang
Quote sangbara2020 30-12-2022 09:03 AM
kalau mlm2 tgk atas mesti nmpk penampakan sesuatu
Quote Rajawali 30-12-2022 09:07 AM
biasalah malaysia...selagi tak de yang mati selagi tu tiada tindakan...pokok dah tua reput mcm tu mmg la kena tebang dah...yang sayang pokok mohon dia berumah tangga bawah tu...puiii
Quote monreyes 30-12-2022 09:24 AM
yg kat area Tung Shin hosp tu besar tinggi bagak semuanya...
kenapa pemalas sangat DBKL ni..
dah lah situ trafik selalu slow...
hujan2 mmg ngeri...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.234286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top