CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Malaysia Kutuk Pengadil Jepun Tak Adil, Korup! Ryuji Sato Mohon Maaf, Rayu Tidak Diserang Lagi

29-12-2022 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3885| Komen: 53

PETALING JAYA: Tidak tahan ‘diserang’ peminat Malaysia di media sosial selepas membuat keputusan kontroversi yang memihak kepada Vietnam kelmarin, pengadil dari Jepun, Ryuji Sato merayu agar tidak lagi diganggu.


Sato, 45, menimbulkan kemarahan penyokong Harimau Malaya dalam aksi Piala AFF di Hanoi itu kerana melayangkan kad merah kepada pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad serta memberi sepakan penalti kepada Vietnam dalam perlawanan yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0.


Foto: Utusan

Dalam insiden pertama, Azam dilihat ditolak oleh pemain lawan, Nguyen Van Hau menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh di luar padang.

Bukan sahaja tidak ­me­ngenakan tindakan ­ter­hadap Van Hau, Sato malah memberi penalti kepada tuan rumah pada minit ke-62 kerana mendakwa Azam mengasari lawan ketika cuba bangkit.


Sato yang mempu­nyai ­pengalaman sebagai pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2009 kemudian memohon maaf setelah semua media sosial peri­badinya diserang pe­minat bola sepak bukan sahaja dari Malaysia, malah Thailand dan Indonesia.


Foto: Utusan

Saya menerima banyak DM (mesej) daripada peminat Malaysia mengenai keputusan saya malam semalam (kelmarin).

“Saya telah menerima panggilan daripada presiden Persa­tuan Pengadil FIFA dan mereka akan membuat keputusan me­ngenai prestasi saya dalam perlawanan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia, saya mohon jangan serang akaun peribadi Instagram saya, kerana saya ada keluarga yang baca semua komen buruk yang dilontarkan,” kata Sato menerusi akaun Instagramnya.

Ini bukan kali pertama Sato membuat keputusan kontroversi melibatkan perlawanan Malaysia-Vietnam.




Pada Jun lalu, dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dia menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam untuk membolehkan mereka menang 2-1 biarpun pemain negara, Brendan Gan langsung tidak melakukan sentuhan terhadap lawan.

“Pengadil ini adalah badut antarabangsa, memalukan, si­la buang lencana FIFA di baju anda,” kata seorang peminat di Instagram.

“Sila boikot perlawanan jika pengadil ini akan mengadili perlawanan Malaysia selepas ini,” tulis seorang lagi.

“Kalau tak pandai jadi pengadil, janganlah jadi pengadil,” kata peminat lain.

“Pemain Jepun bagus, tetapi pengadil Jepun teruk. Pengadil korup,” antara komen lain. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 29-12-2022 10:55 AM
Silap hari bulan dia bunuh diri nanti.
Netozen jangan lah over sangat kerana minggu hadapan tarif elektrik akan naik 3 kali ganda
Quote paz 29-12-2022 10:55 AM
Jadi dia ni adalah pengadil yang tak adil.

Habis lah kau kena kunyah dgn netizen Malaysia yer
Quote Skuau 29-12-2022 10:57 AM
ala yg marah tu pon suka tengak porn jepang jugak(apa kaitan...talak).
Quote stingerbumpy 29-12-2022 11:00 AM
Harimau Malaya 4 - 1 Singa Selatan.

Ayuh ramai ramai kita banjiri bukit jalil selasa mendatang ini...utk kita raikheun kemenangan kita nanti.....

Penyerang berbisa singa selatan ,ikhsan fandi tidak ada dlm kesebelasan utk kejohanan kali ini...though kedua siblingsnya tetap ada...ILHAN dan IRFAN FANDI...

Quote gideoncross 29-12-2022 11:23 AM
Edited by gideoncross at 29-12-2022 11:24 AM
Skuau replied at 29-12-2022 10:57 AM
ala yg marah tu pon suka tengak porn jepang jugak(apa kaitan...talak).

Aiol kat Bruneiku terchenta ni plak prnh skali tu msuk sokkabar psl ada artikel utk mngikuti budaya hidup org Jepun yg sistematik & tratur, tiba2 jejantz Mulayu kat sini boleh plak komen kat FB cmni "Jepun ni iol thu Maria Ozawa je hehe". Mmpuih.
Quote darkness 29-12-2022 11:38 AM
Tak kisah malaysia kalah. Sb ada fight juga masa 1st half tu..tp bila pengadil, buat tak tahu dengan kekasaran pemain vietnam, siap menyiku pihak lawan..kena tolak sampai terhumban pun tak buat tak tahu, itu yang merosakkan mood dan bagi down pemain. Dahlah azam kena langgar sampai terhumban,tak kena tindakan. Konon yg act azam p tibai pemain vietnam masa nak bangun tuh. Padahal pemain vjetnam tu nyang p grab kaki azam. Bodoh tul.
Quote darkness 29-12-2022 12:24 PM
gideoncross replied at 29-12-2022 11:23 AM
Aiol kat Bruneiku terchenta ni plak prnh skali tu msuk sokkabar psl ada artikel utk mngikuti budaya ...

Haha..sadis jgk
Quote sara_thrash 29-12-2022 12:35 PM
kecewa rasa bila tengok game ni. bukan kecewa sebab kalah tapi kecewa dengan pengadil. 2 kali dikasari 2 kali tu jugak HM kena, buta ke apa. tapi netizen dok bising pun tak guna kalau FAM diam tak terkutik.  
Quote anakmak 29-12-2022 12:46 PM
Pengadil yg tidak adil
Naseb arghhh
Quote renko 29-12-2022 12:47 PM
buang masa la layan bola bodoh ni
sukan lain lagi menonjol
tumpu tu sudah
ni da mcm indon jongos lak
kemain fanatik mcm babi
Quote inspektoremos21 29-12-2022 12:51 PM
Tu bukan real ig dia pun kan
Quote johan-adx 29-12-2022 12:53 PM
memain lg dgn netizen msia..yahudi israel pun bole koyak
Quote asamfish 29-12-2022 01:07 PM
choppp...vietnam 3, malaysia 0.  Vietnam dpt penalti 3 kali eh?
Quote Decaffeinated 29-12-2022 01:08 PM
ref ni tolak2 takpe, jangan pijak muka ja.

Kira dia konsisten lah.

Vietnam pun lagi awal dapat kad merah. Yang itu Vietnam rilek je, masih boleh gak menang

Quote totokreturn. 29-12-2022 01:08 PM
malaysia main pun macam budak2 kampung main bola dekat bendang, aku tengok 15 minit je, pastu katop tv
Quote Decaffeinated 29-12-2022 01:11 PM
stingerbumpy replied at 29-12-2022 11:00 AM
Harimau Malaya 4 - 1 Singa Selatan.

Ayuh ramai ramai kita banjiri bukit jalil selasa mendatang ini ...

Singa Selatan ka Singa Kallang...

Quote stingerbumpy 29-12-2022 01:20 PM
Decaffeinated replied at 29-12-2022 01:11 PM
Singa Selatan ka Singa Kallang...

Pokoknya ada Singa didepan....yg kini kurang 'taring'nya..bakal kena baham dgn harimau selasa ini....

Bukit Jalil bakal bersinar.....rombongan penyokong2 spura bakal merudum  walau baru tukar matawang 300SD dapat RM1050......dapat juga jimbajimba tony romas pavilion(Halal)...sebelum game...

Kahkahkahkahkab

Quote stingerbumpy 29-12-2022 01:23 PM
totokreturn. replied at 29-12-2022 01:08 PM
malaysia main pun macam budak2 kampung main bola dekat bendang, aku tengok 15 minit je, pastu katop  ...

Musuh tradisi kita, spura, bakal diratah oleh harimau malaya kita selasa ini...ko jgn risau.....

Quote gideoncross 29-12-2022 02:00 PM

Tu je lh lvl jejantz Mulayu, Maria Ozawa haha.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036928 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top