CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bina Rumah Setinggi Lima Meter Pun Tenggelam Dalam Air, Dahsyat Banjir Terengganu

29-12-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 834| Komen: 0

BESUT – Seorang penduduk Kampung La, di sini tidak me­nyangka rumah datuk saudaranya yang dibina setinggi lima meter tetap dinaiki air dalam banjir bermula 18 Disember lalu.

Wan Sapian Wan Ismail, 51, berkata, ia menggambarkan betapa dahsyatnya impak banjir yang melanda perkampungan itu.

“Rumah tersebut sengaja dibina setinggi lima meter oleh datuk saudara saya, Che Abdul Rahim Che Mat, 70, berikutan banjir besar yang pernah melanda Kampung La pada 22 tahun lalu.

“Namun, banjir minggu lalu rupanya lebih teruk daripada yang berlaku pada tahun 2000,” kata­nya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung La, di sini semalam.


Foto: Kosmo


Kampung La merupakan antara kawasan paling terjejas teruk dalam bencana kali ini hingga beberapa buah rumah musnah di­hanyutkan arus deras banjir.

Wan Sapian berkata, rumah datuk saudaranya itu dinaiki air kira-kira semeter, manakala kediamannya yang lebih rendah terletak bersebelahan tenggelam hingga paras bumbung.

Sementara itu, Mek Mas Salleh, 66, pula hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kayu miliknya dihanyutkan banjir.

Lelaki warga emas itu berkata, semua barangan miliknya di­hanyutkan banjir dan yang tinggal kini cumalah tapak bahagian bilik air, dapur serta loteng diperbuat daripada konkrit.

“Buat sementara waktu ini, saya terpaksa menumpang di rumah jiran kerana rumah anak yang terletak di kampung berhampiran turut ditenggelami banjir.

“Empat anak yang lain pula bekerja di luar Terengganu dan saya bersyukur seandainya ada mana-mana pihak sudi membantu membina semula rumah baharu bagi menggantikan rumah yang telah hanyut,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.029994 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top