CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Ceroboh Padang Nak Bergambar Dengan Messi, Salt Bae Diharamkan Sertai Festival Muzik Los Angeles

29-12-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1185| Komen: 9

LOS ANGELES – Gelagat cef selebriti terkenal, Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia menyebabkan dia diharamkan daripada menghadiri satu festival muzik di Los Angeles pada tahun depan, lapor akhbar Daily Star semalam.


Selepas perlawanan akhir antara Argentina dengan Perancis tamat di Stadium Lusail, Qatar, baru-baru ini, cef itu memasuki kawasan padang untuk bergambar dengan bintang Argentina, Lionel Messi sambil memegang trofi Piala Dunia.

Foto: IG

Tindakannya itu diselar kerana selain bergambar bersama Messi, dia turut merakam video dengan pemain Perancis, Kylian Mbappe serta bintang Poland, Robert Lewansowski.

Sebelum ini, dia dilarang daripada menghadiri kejohanan bola sepak Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS).


Kini, penganjur festival muzik Rolling Loud di Los Angeles telah mengambil langkah pencegahan untuk menghentikan kehadiran Salt Bae.

“Kami juga telah melarang Salt Bae daripada Rolling Loud LA 2023 pada bulan Mac,” demikian menurut ciapan pihak penganjur menerusi Twitter. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sajebosan 29-12-2022 10:41 AM
Padan muka. Haramkan la dia dari keluar from wherever he is currently. Nyampah
Quote Skuau 29-12-2022 10:47 AM
Edited by Skuau at 29-12-2022 10:49 AM

"gue CEROBOH MALESIA..vaksin kobid nya gratis aja...pak..semuanya bisa aja di malesia.."-Pendatang Haram
Quote VioletsAre_Blue 29-12-2022 11:17 AM
Tolol gak puak amerika ni. Rihanna tu pun pegang cium piala dunia germany 2014 takde pulak nak gelabah kan??
Quote FOTHER-MUCKER 29-12-2022 11:41 AM
Ok lah tu dia sudah dapat apa yang dia mahukan. Bukan senang nak pegang piala dunia bolasepak!

Setakat festival muzik Rolling Loud tu apa lah sangat.
Quote Decaffeinated 29-12-2022 01:26 PM
Satu yang haramkan, sepuluh akan invite mamat ni.

Ada dia heran.

Quote otai_g 29-12-2022 01:36 PM
Kalo dia blh ceroboh maknanya sistem sekuriti stadium tu la yg bodoh. Ini isu sbnr dia.
Quote dani-rox 29-12-2022 06:23 PM
akak dah tengok lineup retis yg bakal perform utk Rolling Loud LA... mungkin lepas pekena AK-47 ke sour diesel seround dua bole la layan. kalau tak berdiri la ko mcm patung cendana tak kenal sorg pun retis.
Quote alesandra 29-12-2022 06:38 PM
VioletsAre_Blue replied at 29-12-2022 11:17 AM
Tolol gak puak amerika ni. Rihanna tu pun pegang cium piala dunia germany 2014 takde pulak nak gelab ...

rihanna ada ceroboh masuk padang ke?
Quote angelofish 29-12-2022 07:29 PM
Jantan muka pati pilak sialan.. Tak layak dia letak tangan dekat bahu agong. Patut di kerat tangan tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.042365 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top