CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Panas Baran Simbah Asid Pada Isteri Dan Anak Kecil Sampai Mati

29-12-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 598| Komen: 0

JAKARTA – Gara-gara sikap panas baran, seorang suami tergamak menyiram asid ke arah isteri dan anaknya yang berusia setahun lapan bulan sehingga kedua-dua mangsa meninggal dunia, lapor laman berita Kompas semalam.


Kejadian itu berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat pada Isnin lalu sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan).

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Cengkareng, Ardhie Demastyo.


Foto: Detik

Ardhie kemudian menjelaskan kronologi kejadian tersebut dengan menyatakan insiden itu diketahui penduduk setempat selepas si isteri berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.

Si isteri datang ke rumah jirannya dan menyatakan bahawa dirinya telah disiram dengan asid oleh suaminya, Rizal. Dia dan anaknya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Berikutan kejadian itu, si isteri mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan manakala anaknya mengalami cedera parah di bahagian muka dan badan.

Kedua-dua mereka kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan. 

Menurut Ardhie, suspek menyiram isterinya dengan asid ketika dia gagal mengawal kemarahannya, yang menyebabkan anaknya turut terkena siraman itu.

Sementara itu, suspek masih diburu polis manakala motif dia berbuat demikian masih belum diketahui. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.040311 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top