CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Mati Didera: Lima Minit Berharga, Ibu Tatap Jenazah Anak Dari Penjara

29-12-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1419| Komen: 9

JOHOR BAHRU – Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini semalam hiba selepas ibu kepada kanak-kanak berusia empat tahun yang maut disyaki didera saudara kan­dung terduduk selepas menatap wajah anak bongsunya buat kali terakhir.


Wanita berusia 39 tahun yang masih berada dalam tahanan Penjara Simpang Renggam, Kluang itu diberi peluang kira-kira lima minit untuk berbuat demikian selepas kanak-kanak dikenali Lokman itu selesai dikafankan di Jabatan Forensik hospital berke­naan.

Wanita yang memakai pakaian tahanan berwarna ungu itu turut dilihat menangis sebaik keluar menuju ke van penjara sambil diiringi dua pegawai penjara.

Difahamkan, ibu kepada 11 orang anak itu hanya diberitahu tentang kejadian menimpa Lokman sebaik dia tiba di bilik mayat bagi memastikan emosi ibunya terkawal.


Foto: Kosmo


Sementara itu, datuk saudara Lokman, Ruslan Ahmad, 47, menyatakan kekesalannya atas kejadian yang menimpa budak malang itu kerana dia pernah mengambil tanggungjawab menjaga mangsa beberapa bulan sebelum kejadian.

Menurutnya, dia tidak menjangka keputusan untuk memberi peluang kepada ibu kanak-kanak itu menjaga Lokman berakhir sedemikian.

“Pada mulanya, Lokman diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum dijaga saya.

“Selepas itu, ibunya meminta kebenaran untuk menjaga kanak-kanak itu kerana telah pulih daripada penagihan sebelum kami memberikan dia peluang.

“Sepanjang dalam jagaan ibunya selama sebulan, saya difahamkan keadaan arwah baik,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia kemudian gagal menghubungi keluarga berkenaan sebelum dimaklumkan tentang kejadian menimpa arwah.

“Kalau tahu benda ini akan jadi, saya dah simpan (jaga) sendiri budak itu,” ujarnya.

Tambah Ruslan yang juga kontraktor itu, dia tidak me­ngetahui kanak-kanak itu dipukul dan diperlakukan sedemikian.

“Walaupun sedar ibu mangsa mempunyai kekurangan, tetapi saya tidak menyalahkan dia ke­rana dia tidak tahu anak bongsunya itu diperlakukan sedemikian.

“Saya harap pelaku akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” jelasnya.

Menurutnya, dia dan isteri, Rahimah Rahman,45, pernah beberapa kali menjaga Lokman selepas dia dilahirkan pada 31 Di­sember 2018 lalu.

“Saya dan keluarga amat me­nyayanginya (Lokman). Kali ter­akhir bertemu dengannya pada 29 Oktober lepas.

“Saya terkejut sebaik me­nerima berita itu (didera) kerana tidak menyangka ada lagi manusia sanggup memukul budak tidak berdosa,” luahnya.

Kosmo! semalam melaporkan kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas disyaki menjadi mangsa ­penderaan kakak kandungnya sendiri.

Hasil siasatan awal polis, mang­sa disyaki telah dipukul menggunakan batang besi, dicucuh dengan besi panas pada seluruh badan termasuk kemaluan selain kesan gigitan pada telinga. 

Perbuatan itu dipercayai dilakukan kakak kandung mangsa bersama suami serta tiga rakan wanita terbabit. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 29-12-2022 12:17 PM
sedihnya x dpt peluk cium & iring anak ke liang lahad buat kali terakhir
Quote orkidorkido 29-12-2022 12:20 PM
Sadis dan tragisnya hidup keluarga ni
Quote anakmak 29-12-2022 01:12 PM
Mangsa mak ayah
Quote matamata 29-12-2022 01:14 PM
Woi laknat... Thread dah ada la
Quote sharlenetexas 29-12-2022 01:14 PM
Walaupun siapa ibu dan bapanya, anak tak bersalah. Dadah mmg perosak. Habis punah ranah keluarga.

Quote dua_chzy 29-12-2022 01:17 PM
Ntah. Akak pula rasa nak dera mak bapak budak ni.
Quote white_musk 29-12-2022 01:19 PM
Education tetap penting...

Quote giyomi 29-12-2022 05:05 PM
bukan ker dia didera saudara kandung dia...tu lar, klu dah gigih mendadih, sila jgn beranak...hanat tul. tlglah hukum mati si pelakunya, tp dera dulu sebelum di gantung biar dia rasa.
Quote pooh~key 29-12-2022 06:47 PM
This is why akak menyokong penuh tindakan menggugurkan kandungan dekkkk….

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.046498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top