CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Sadali Harus Langsaikan Hutang Atau Berdepan Hukuman Penjara

30-12-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8395| Komen: 87|Original author: Tatod

Sumber mStar


Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nor Rajiah Mat Zin menerusi prosiding semalam memerintahkan penyanyi dan pelakon, Watie Sadali membayar sebanyak RM2,000 sebagai ansuran melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada salah seorang bekas kumpulan Elite iaitu Hana Adnan.

Menerusi laporan mStar, peguam Hana, Mohd Fikri Abd Rahman memaklumkan keputusan penyelesaian itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Kes pagi ini (Khamis) adalah bagi membayar sejumlah RM2,000 setiap bulan bermula 5 Januari tahun hadapan sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana," katanya.



Kata Fikri lagi, Watie sebelum ini pernah membuat rayuan untuk mengurangkan kos bayaran bulanan daripada RM2,500 kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan pada tahun 2017 dan mahkamah membenarkan.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah kali ini secara tidak langsung mensyaratkan isteri kepada Joey Daud itu untuk komited melangsaikan tuntutan dan boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

"Sebelum ini, Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini, sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah mahkamah.

Sumber Murai MY

"Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie," jelasnya.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2012 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 29-12-2022 09:12 PM
katalah 2.5k sebulan, mau lebih 25 tahun jugak baru habis bayo
Quote doubleA 29-12-2022 09:29 PM
Ngelat je wati ni kira berlembut dah hana
Quote Dolmat 29-12-2022 09:30 PM
33 tahunnnnn baru abis langsai bayar.. by the time KO berdua dah umur 70 lebih tahunnnnnnn....
Quote Meiizu 29-12-2022 09:30 PM
Wati oiii tak baik buat kawan mcm tu..bayarlah .apo liat sgt...
Kita ni patut bsyukur ada kwn tolong masa susah..jgn balas naya kat org
Quote lucky_peace 29-12-2022 09:34 PM
33 tahun ye nak abes, pedajal kawan tu sampai x blh nk jumpa anak. Btw hana ni masa join elite kiranya ada kerja tetap la ye, sampai sanggup bt pinjaman bank utk watie.
Quote Afifi82 29-12-2022 09:37 PM
lucky_peace replied at 29-12-2022 08:34 PM
33 tahun ye nak abes, pedajal kawan tu sampai x blh nk jumpa anak. Btw hana ni masa join elite kiran ...

Baik dia sanggup buatkan pinjaman loan ratus ribu utk kawan.. Pastu, alih2 kawan buat taik..
Quote ciksom 29-12-2022 09:54 PM
Baiknya Hana sanggup buat loan utk kawan Dia.
Quote fadz84 29-12-2022 09:59 PM
"Hana juga kehilangan kerja dan mungkin disebabkan itu, beliau agak beremosi terapi perkara ini akhirnya dapat diselesaikan secara baik dengan terma dipersetujui”

Apooo ayat peguam ni.. mmg la meroyan.. benda dh lama tp anak guam ko yg lepas tangan & xde tanda nk settlekan hutang..
Quote minahmanja 29-12-2022 10:24 PM
Mcm mana method of payment ni. Tak boleh ke court buat auto deduct dlm bank acc si watie ni ?
Quote Raline 29-12-2022 10:29 PM
muka x malu ke cm ne hutang2 ni sensitip kut
Quote rosannazmia 29-12-2022 10:34 PM
Pelik watie ni?? Perangai jenis mcmana ni ??
Quote TomyamPuteh 29-12-2022 10:35 PM
Mcm byr loan umah pulak. Wish tu dh jadi besi buruk ke msh OK?
Quote 3480 29-12-2022 10:49 PM
Ayoo byknya pinjam.. 700k dot dot
Quote lazim 29-12-2022 10:58 PM
Bodoh je joey kawen dia ni. Bt nanggung hutang
Quote jerukkedondong 29-12-2022 11:04 PM
Watie ni instructor zumba..ada jgk income lain selain dari berlakun..bayar utang oii
Aje jenis liat bayo utang...huha sana sini ada pulak duit kau
Quote Lagubestbest 29-12-2022 11:12 PM
150 tapi sekarang jadi 707? kerna sebuah toyota wish?
Quote cheezel 29-12-2022 11:16 PM
Baiknya hana ni
Quote Zeatyisaac 29-12-2022 11:17 PM
Betul ke nak bayar? Janji palsu banyak di pasaran. Awas gerak langkah kawan mu.

Kalau I lah, I teruskan dengan saman dan penjarakan so Wati tu. Baik hati Hana no.
Quote CikYaYaYa 29-12-2022 11:58 PM
boleh percayaa ke janji diaa nie? Kot nanti xbayar2 jugakk..

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037943 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top