Seorang wanita tidak mempunyai pilihan selain memilih perceraian sebagai jalan terakhir. Hati Norma Rismala remuk tatkala rumah tangga yang dibina dikhianati ibu kandung dan suami yang bermain api di belakangnya, lapor Suara.com.
Sehingga kini, Norma masih trauma akibat hubungan intim bekas suami dengan ibu kandungnya sendiri. Norma mengaku akibat peristiwa itu dia menjadi lebih penakut, terutamanya ketika seseorang mengetuk pintu rumahnya atau mendengar bunyi motosikal seperti milik bekas suaminya. “Sejak kejadian itu, aku jadi perempuan penakut sekarang. “Kalau ada yang ketuk pintu, aku terus gementar. Kalau ada bunyi motor melalui depan rumah aku juga ketakutan,” katanya dalam akaun TikTok.
Jantung Norma bahkan kerap berdegup kencang setiap kali berbelanja di kedai bekas suaminya bekerja. Norma kebingungan sama ada trauma yang dihadapi boleh diubati atau sebaliknya. Jujurnya, dia sangat merindukan dirinya yang dahulu ketika belum tersakiti akibat pengkhianatan suami dan ibu kandungnya. Sumber: Utusan |
Zack8hunter replied at 28-12-2022 11:23 PM
bermain api?? teringat citer drama psl maknyah tajuk "Bukak Api" dulu.. apa nama pelakon utama dia?? ...
Sazreena replied at 29-12-2022 02:22 AM
Pundekkk..cakap je la suami dan ibu kandung kepergok zina. Abis ceta.
green~tea replied at 29-12-2022 05:24 PM
kepergok tu apa...
giyomi replied at 29-12-2022 05:08 PM
akak tak faham tang main api dibelakang wlpon dlm bahasa malaysia tp sebab citer dari seberang, akak ...
Sazreena replied at 29-12-2022 09:12 PM
Ceta dia yg senanya ialah pengantin lelaki @ laki pompuan tu kantoi skandal ngan mak kandung dia. ...
ADVERTISEMENT