CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tak Sempat Nak Limitkan Had Masa Bekerja' - Zed Zaidi

28-12-2022 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 938| Komen: 2

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 42, menyifatkan isu disuarakan pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung amalan kerja lebih masa berikutan jadual penggambaran tidak menentu pihak produksi adalah perkara lama yang sudah pun pernah dibangkitkannya sebelum ini.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, namun pihaknya sebagai persatuan tidak mempunyai kuasa, cuma boleh mencadang dan mendesak supaya perkara ini boleh berlaku dengan cadangan dan kertas kerja yang kita boleh bantu agensi kerajaan atau pun kementerian yang terbabit.


IG Zed

"Jadi, kalau kita lihat pada hari ini, itu yang saya katakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak berfungsi dengan baik.

"Ini 12 jam (waktu bekerja) adalah salah satu sebahagian ekosistem dalam industri. Kebanyakan sebelum ini apabila saya di Finas, benda-benda macam inilah yang saya perjuangkan untuk ditekan menjadikan sebagai satu dasar supaya perkara ini dapat kita selesaikan secara holistik dalam industri melalui penguatkuasaan atau pun kuasa dasar menerusi Finas itu sendiri.

"Tetapi, malangnya saya tidak lama di dalam Finas, jadi saya tak sempat nak membuat perkara salah satunya limit (had) masa bekerja ini," katanya.

Menurut Zed Zaidi, Seniman tidak dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah dasar terutama sekali yang membabitkan ekosistem yang menjadi paling utama, salah satunya ialah limit masa bekerja.

"Ini yang sebenarnya yang kita perlu selesaikan kerana masalah ini adalah paling utama dalam industri.

"Saya berharap benda ini akan dapat diselesaikan dan Seniman sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membina satu ekosistem yang lebih baik dan pandangan serta idea untuk selesaikan masalah ini pun, kita boleh bantu," katanya.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan berang dengan tindakan produksi yang masih mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu hingga pelakon dan kru 'lunyai' akibat bekerja lebih masa.


IG Sharnaaz

Menerusi hantaran dibuat dalam Instagram Stories, Sharnaaz meluahkan kemarahannya terhadap sebuah produksi yang didakwa menjalani penggambaran memakan masa hingga 20 jam sehari.

Bengang dengan sikap degil produksi dianggap sebagai punca utama, pelakon filem Jebat ini meminta persatuan penggiat seni yang berkaitan seperti Seniman dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dapat memantau, sekali gus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan budaya lapuk ini tidak berulang.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azurro 29-12-2022 01:24 AM
Ramai org salah faham belakon bkan mcm krja kilang 12 jam kekal terus bertahun-tahun,
Belakon ni wlupun lbih masa merka pulun dlm masa tertentu saja mgkin 1 ke 2 bulan shoot tamat, maka tamatlah krja diaorang, berehat lah pulak 2 ke 3 blan smentara nak dpt job baru pulak. Beban krja kejap ja hasil mmg brbaloi. Apa nk heran.
Quote silampumeja 5-1-2023 02:00 AM
azurro replied at 28-12-2022 05:24 PM
Ramai org salah faham belakon bkan mcm krja kilang 12 jam kekal terus bertahun-tahun,
Belakon ni wlu ...

Ye betul. No doubt tu. Tp dr segi kemanusiaan,  keselamatan, kesihan, kebajikan , pelakon tetap manusia kan. Ada limit.
Tp diorang bayaran dan beban kerja berbeza serta depends job .
Cuma pendidikan utk diorang tau jagtdur, jaga esihatan, amalkan pemakanan sihat ke spanjang kena perah tu perlu juga ada. Bukan stakat skill berlakon je. Dahlah kerja lebih masa tak tentu masa dan terdedah bahaya juga sepanjang berlakon.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.148766 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top