Ruhainies kecewa dengan tidakan pihak tidak bertanggungjawab sengaja mereka-reka cerita kononnya dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan anak ahli politik.
Bengang dengan gosip berkenaan, Ruhainies atau nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, menegaskan cerita itu tidak sepatutnya timbul kerana ia hanya mengundang fitnah. Menulis luahan tersebut menerusi Instastory pada Rabu, Ruhainies berkata, dia bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Pelakon drama Sorry Naik Lori ini dengan tegas memohon agar pihak terbabit berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar tentang dirinya. "Saya ada banyak perkara untuk dilakukan daripada sibuk bercinta. Pihak yang tak bertanggungjawab, hentikan buat cerita tidak benar," jelasnya.
Sebelum ini, timbul gosip kononnya dia dikatakan sedang hangat bercinta selepas dilihat aktif terlibat dalam kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini. Menafikan khabar angin tersebut, Ruhainies berkata ramai lagi rakan artis lain melakukan tindakan sama. Malah, fokusnya kini hanya untuk kerjaya serta keluarga. "Tidak betul dan saya tak terbuka hati untuk orang baharu setakat ini. Fokus saya masih sama iaitu kerja dan keluarga," tegasnya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT