CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Dakwa Lelaki Bertelekung Esok

28-12-2022 09:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1286| Komen: 6

Seorang lelaki bertelekung disyaki mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini, minggu lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan ke atas suspek berusia lingkungan 20-an itu sudah dilengkapkan pihaknya dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).


“Pendakwaan ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok.


Lelaki bertelekung yang disyaki mencuri beg jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

“Ia melibatkan dua pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan,” katanya hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang sanggup bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini tumpas apabila dicekup polis pada 23 Disember lalu.

Suspek bertindak mencuri ketika mangsa sedang menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, 20 Disember lalu.

Perkara itu dikesan menerusi satu video tular yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki memasuki ruang solat wanita untuk melakukan kegiatan melibatkan dua mangsa berkenaan.

Rakaman CCTV di dua lokasi kejadian mendapati suspek menggunakan taktik sama iaitu memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 28-12-2022 10:25 PM
Eh, dah kena tangkap dah ke? Wah, kagum meols.
Cemana diorang boleh detect siapa haram J ni yach?
Quote Tinot7 28-12-2022 10:37 PM
Ingatkan bamjat
Quote Decaffeinated 28-12-2022 11:06 PM
tajuk tak boleh belah

kalau wanita bertopi mencuri boleh lah buat ayat 'mahkamah dakwa wanita bertopi esok'?

Quote KamikuP 29-12-2022 10:35 AM
Hinanya ko dek.. dah le bermisai pakai pulak telekung mencuri pulak tu maha hodoh jadinya
Quote intan244 29-12-2022 11:30 PM
letak beg kat depan pon x selamat. lebih baik mintak sedekah dari mencuri. kalau xde org nk ambik kau kerja, join je mlm, untung2x jadi diamond.
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 11:40 PM
MySajat tersenyum sinis

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.035644 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top