CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Malaysia Dipenjara 36 Tahun Kerana Manipulasi Saham

28-12-2022 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1506| Komen: 11

Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dihukum penjara 36 tahun oleh Mahkamah Singapura selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar republik itu.

Rakannya yang juga dalang utama kes itu, Quah Su-Ling, pula dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.


Gambar hiasan

Mereka didapati bersalah kerana memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp atau BAL di antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Kedua-dua mereka didakwa mengakibatkan kerugian hampir S$8 bilion daripada permodalan pasaran. Dua tertuduh itu bagaimanapun merayu hukuman yang dijatuhkan.

Perbicaraan mahkamah di Singapura itu berlarutan selama hampir empat tahun dengan menyaksikan sebanyak 349 pertuduhan berjaya dilaksanakan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, skim dilaksanakan Chee Wen melibatkan lebih 50 individu dengan pembiayaan setengah bilion dolar digunakan untuk manipulasi pasaran.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 28-12-2022 10:59 PM
wait…  kenapa dalang utama sekadar 20 tahun?
Quote Skuau 28-12-2022 11:32 PM
kita talak tipu maaa..kita pandai meniaga...
Quote green~tea 29-12-2022 10:11 AM
Takkan la John soh sorang je kena.. haha
Quote TOPwind 29-12-2022 10:17 AM
eyansss replied at 28-12-2022 10:59 PM
wait…  kenapa dalang utama sekadar 20 tahun?

percaya ke- nama je dalam penjara on papers je.

hakikatnya- luit manyak maa
Quote eyansss 29-12-2022 10:30 AM
TOPwind replied at 29-12-2022 10:17 AM
percaya ke- nama je dalam penjara on papers je.

hakikatnya- luit manyak maa

ada duit kita raja...  hahaha...
Quote pekanwoohoo 29-12-2022 10:33 AM
Melayu mana pandai bisnes, Cina lagi pandai bisnes.
Quote green~tea 29-12-2022 10:41 AM
pekanwoohoo replied at 29-12-2022 10:33 AM
Melayu mana pandai bisnes, Cina lagi pandai bisnes.

Dalam geng dia ada je melayu2


#eh
Quote lurkingaround 29-12-2022 12:21 PM
Edited by lurkingaround at 29-12-2022 12:24 PM

.
Ini terbukti semua pasaran boleh dimanipulasi oleh "gengster2" atau kartel2 untuk merugikan pelabur2 runcit/"retail investors" dan/atau pembeli2/"consumers" , spt pasaran saham, crypto, forex, komoditi, dll = macam ikan paus/jerung makan ikan bilis/sardin.

"Caveat Emptor".
.
Quote salimrock 29-12-2022 12:48 PM
Edited by salimrock at 29-12-2022 12:51 PM
lurkingaround replied at 29-12-2022 12:21 PM
.
Ini terbukti semua pasaran boleh dimanipulasi oleh "gengster2" atau kartel2 untuk merugikan pelabu ...

tu la aku rasa dia ni kartel saham,

kalo dia boleh sebab kan sykt rugi 8 billiun dollar, mesti ada orang yg untung 8 billiun dollar kan?


8 billiun tu 8000 juta dollar, x lah dgn duit malaysia lagi...

tp kantoi di singapora....
ada sorang dealer saham cakap , dia pn pernah buat manipulasi saham kt malaysia, tp itu lah...duit dia berbillion, rasanya kena denda amount minimum je kot

ntah apa la yg dia manipulasi saham ni ek,



Quote salimrock 29-12-2022 12:49 PM
soh chee wen ni ada tayang tak kereta apa dia pakai kt medsos?

mesti pakai lamborghini Urus
Quote anakmak 29-12-2022 01:09 PM
Macam satu kdrama Cleaning Up
Dia org beli saham awal2 atau jual saham awal2 sbb ada org dalam deal dgn company2 utk bergabung atau keluar drpd gabungan so ni akan bagi kesan kat pelabur sama ada untung atau rugi
Bukan sbb pasaran saham tu yg untung atau rugi tapi sbb org dalam create untung rugi utk keuntungan individu tertentu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036157 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top