CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bayangkan Ibu Kamu Sendiri Direntap' - Duda Samun Warga Emas Di Dobi Layan Diri Dipenjara 3 Tahun

28-12-2022 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 893| Komen: 9

Seorang duda dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyamun seorang wanita warga emas di sebuah dobi layan diri, dua minggu lepas.


Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas pekerja restoran, Mohamed Ghibran Mohamed Yusof, 23, selepas dia mengaku melakukan samun dengan mengambil dan melarikan sebuah beg tangan mengandungi barangan peribadi dan wang tunai RM200, milik seorang pesara kerajaan berusia 64 tahun yang juga seorang ibu tunggal.


Gambar hiasan

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa secara tiba-tiba telah merentap beg tangan yang disandang pada bahu kanan wanita itu sebelum melarikannya dengan motosikal semasa mangsa ingin memasukkan kain langsir ke dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi di Cheras, di sini pada 7.30 pagi, 11 Dis lepas.


Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 21 Dis lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Izralizam berkata, tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan melakukan jenayah terhadap ibu tunggal itu yang kematian suami.

"Kamu masih muda dan tidak mempunyai penyakit, namun kamu memilih untuk melakukan jenayah samun bagi mendapat duit dengan mudah. Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap. Kamu tidak fikirkan perkara itu ketika melakukan jenayah," kata hakim itu.

Mohamed Ghibran, yang menangis ketika berada dalam kandang tertuduh berkata, "saya tahu, Yang Arif".

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran supaya tertuduh insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama, manakala Mohamed Ghibran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung dua anak serta ibu yang sakit.

"Saya dan isteri telah bercerai dan dua anak kami berada dalam jagaan saya. Saya minta maaf Yang Arif. Saya mohon tidak dipenjarakan kerana saya perlu jaga anak-anak saya," kata tertuduh dalam nada sebak. 


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 28-12-2022 10:32 PM
Dah kena sekolah dgn hakim baru kau nak nangis. Masa kau commit the crime, ada ko pikir nenek tu nangis? Kang anak kau menyetan lepas ko keluar jail, jgn terpikir2 plk knp. Dah apaknya perangai mcm ketua setan
Quote cikatilia 29-12-2022 10:04 AM
nnagis sebab tertangkap.. kalau idak menggila dok meragut org mati ke apa xdulik
dasar
Quote najib888 29-12-2022 10:06 AM
Kes2 mcm ni, aku suka tengok youtube shorts Judge Caprio.. cool je..
Quote shernazz 29-12-2022 10:24 AM
Hahahaha
Baru ingat mak sakit kannnn
Quote nini_azmi 29-12-2022 10:32 AM
Umur 23 dah ada 2 anak,? Lps spm terus kawin ke apa ni.
Mintak kpd mak2 ni sila la didik anak2 tu elok2, bg pendidikan, asuhan, belajar agama.
Tenat dah malaysia ni dgn anak2 masalah sosial
Quote pekanwoohoo 29-12-2022 10:36 AM
Yang Arif pun guna modal mak bapak macam kem motivasi budak-budak sekolah ke?
Quote white_musk 29-12-2022 10:44 AM
nini_azmi replied at 29-12-2022 10:32 AM
Umur 23 dah ada 2 anak,? Lps spm terus kawin ke apa ni.
Mintak kpd mak2 ni sila la didik anak2 tu el ...

Kawin awal bagus katanya... rezeki pun cepat masuk
Quote supernaturalee 29-12-2022 10:48 AM
cari la keje dek
gov bnyk open mystep
gaji pun up lg seratus

tp dh ada kes polis la pulak
mmm
Quote KamikuP 29-12-2022 10:59 AM
Sangat syulit bapak penyamun ni.. dah buat jenayah baru nak menangis.. apoo

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045120 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top