CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 70 Tahun Dan Anak Ditahan Kes Pukul Pengetua Maahad Tahfiz

28-12-2022 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 897| Komen: 3

Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pukul pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua beranak berusia 30 dan 70 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan.




"Suspek berusia 70 tahun telah diberi jaminan polis manakala suspek kedua direman selama sehari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.


Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.

Tahfiz tersebut diceroboh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-12-2022 11:05 AM
Sapa pengetua Tahfiz tu? Meolls kenal Ustaz kazim jahhh
Quote shernazz 29-12-2022 10:18 PM
Tahfiz.kg seri kinta.tu yang tepi sungai tu la kab
Quote mojarean_X 29-12-2022 10:20 PM
Ceroboh kwsn tahfiz utk main bola? Apa.mksdnya?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046326 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top