CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balu Abam Tak Anggap Rayuan Ali Puteh Ditolak Mahkamah Perlu Dibanggakan

28-12-2022 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7352| Komen: 67

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali menerima dengan terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak rayuan adik iparnya, Ali Puteh.

Rayuan itu dibuat Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.

Tidak menganggap ia sesuatu yang perlu dibanggakan, Siti Norhidayah, 30, berkata, dia sebolehnya enggan mengulas panjang lagi perkara itu.


Harian Metro/NSTP

"Selepas dimaklumkan perkara ini oleh peguam, saya terima dengan terbuka. Kalau boleh saya tak nak ulas panjang lagi.


"Biarpun rayuan pihak sana ditolak mahkamah, saya tak anggap ia sesuatu yang perlu dibanggakan. Apapun, saya tetap nak mengucapkan terima kasih kepada semua (pihak) yang sentiasa mendoakan saya dan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu,

Ahmad Shahrir turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah.

Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 28-12-2022 09:27 PM
Edited by msdummy.2018 at 28-12-2022 09:29 PM

Hidayah ni nmpk bijak..ni what we call classy dekkk

Dia diam bukan membisu..sma masuk mahkamah, pakej bukti2 kukuh...xpyh nk canang2..what a sweet revenge..i doakan smoga hidayah dan anak2 sntiasa dirahmati allah
Quote eely_shana 28-12-2022 09:36 PM
Bagus dayah ni
Quote Nsunshine 28-12-2022 10:05 PM
Strong woman. Moga segala urusan hidayah dalam mencari rezeki yg halal & membesarkan anak berjalan lancar, amiinn
Quote fealefea 28-12-2022 10:12 PM
Arwah abam pilih isteri yg hebat utk hidup bersabar dgn famili die. Ishh, kalau aku ni  mmg meroyan teros nmpk aku jahat.
Quote Carcosa 28-12-2022 10:36 PM
Drpd cara dia jwb soalan, boleh nmpk, what kind of person she is. Nmpk je blur2, tapi otak dia bagus. Nmpk je senyap, tapi blkg, dia bertindak.
Jauh bebeno dgn si muka Kelam malam sepi melamar kerinduan tu. Pong pang pong pang, habuk pun tarak. Maki hamun, keji jerit, sekali ko kalah.
Nmpk sgt budak kelas blkg yg jenis tuang class and melawan ckp cikgu.
Quote asfaz 28-12-2022 10:40 PM
Carcosa replied at 28-12-2022 10:36 PM
Drpd cara dia jwb soalan, boleh nmpk, what kind of person she is. Nmpk je blur2, tapi otak dia bagus ...

IMG_20221228_223840.jpg

Sebelum keputusan sekali kalah terus hilang senyum
Quote Carcosa 28-12-2022 10:45 PM
asfaz replied at 28-12-2022 10:40 PM
Sebelum keputusan  sekali kalah terus hilang senyum

Heiyoooo. Busuk pekong betul hati dia kan.
Sukaaa nau provoke orang.
Dia ni lah the perfect example of org yg busuk hati dan terserlah nampak di muka jugak kebusukannya.
Quote bottompro 28-12-2022 10:48 PM
asfaz replied at 28-12-2022 10:40 PM
Sebelum keputusan  sekali kalah terus hilang senyum

Sebijik keling. Balik tamil nadhu la deyy
Quote Nizleen86 28-12-2022 11:59 PM
Mmg dah terang lagi bersuluh ko tamak harta anak yatim. Kat celah mana lagi ko rasa ko akan menang ali?
Quote epuepy 29-12-2022 12:04 AM
Bagus jawapan dayah.. Matang and classy. U go girl!
Quote faiz-za 29-12-2022 12:37 AM
Sejak kes si ali puteh cari pasal dengan balu abam
iols memang benci tahap gaban kat dia
Benci yang sampai tahap tak boleh tengok muka dia kat tv
Kalau ada muka dia kat tv, iols tukar channel
Memang patut lah rayuan ditolak
Padan muka ko, rasakan!
Quote kuchenta_81 29-12-2022 12:37 AM
Dayah ni dulu katanya akauntan. Ramai yang macam eh betul ke akauntan atau belajar akaun saja? Nampaknya mmg dia bijak orangnya.
Quote Mulotkoyak 29-12-2022 02:37 AM
faiz-za: Sejak kes si ali puteh cari pa ...
yep btol.. Ak pun nyampah kalo die kuar tv. Lg satu dayah ni terpelajar nk dibandingkan si puteh kelam kelibut ni. SPM je yg ade. Tu pun xtau lulus or gagal. Xbrape nk ber IQ tgi. Ingat artis sume bijak ke???  Ade yg xpass exam yeeeee...
Quote LadyCarefree 29-12-2022 06:29 AM
Pee Ass kena ikut cara Dayah.
Quote asfaz 29-12-2022 07:01 AM
Mulotkoyak replied at 29-12-2022 02:37 AM
yep btol.. Ak pun nyampah kalo die kuar tv. Lg satu dayah ni terpelajar nk dibandingkan si puteh kel ...

Arwah pernah cakap Dayah ni lurus bendul kan? Ai rasa Dayah masa arwah ni ada ,dia sengaja taknak tunjuk dia cerdik. Maklumla duduk dikelilingi family toksik. Adik ipar terpaling susun Litam kan pernah cakap duit dalam dompet arwah pun dia tahu berapa kan?(melampau giler perangai)
Tu yg Litam and family hayam2kan aje Dayah ni ,diaorg igt Dayah ni tak tahu apa. sekali amik ...dalam diam aje dia buat kerja. Tak main la setakat memekak dlm IG bagai. Terus pasang lawyer terus. Melompat la si Litam. adanukerr
Quote missHaidiD 29-12-2022 07:44 AM
Semoga dayah bertemu jodoh yg baik2. Muda lg kan.
Quote lee_sakura 29-12-2022 08:32 AM
asfaz replied at 29-12-2022 07:01 AM
Arwah pernah cakap Dayah ni lurus bendul kan? Ai rasa Dayah masa arwah ni ada ,dia sengaja taknak  ...

betul tu, keluarga toksik gitu mmg xsesuai ngan dayah...
Quote brunesss 29-12-2022 08:38 AM
what a classy respond dayah
Quote akuHavocczz 29-12-2022 08:41 AM
Bagus dia ni. Tak yah nak panjang kan cerita. Reporter semua dh boleh stop kacau dia kot biar dia happy dengan life dia sekarang

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.152764 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top