CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak 4 Tahun Mati Didera: Suspek Tak Mesra, Orang Kampung Tak Tahu Pun Ada Budak Dalam Rumah, Tak Pernah Dengar Jeritan

28-12-2022 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2315| Komen: 16

Batu Pahat: Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit kes dera seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Senggarang disifatkan tidak bergaul mesra dengan penduduk kampung.


Menurut salah seorang jiran mangsa yang enggan dikenali, kedua-dua suspek tidak begitu dikenali oleh penduduk hinggakan kehadiran kanak-kanak lelaki di rumah berkenaan juga tidak disedari.

Foto: Harian Metro

"Mereka memang tak campur orang dan kami tak pernah bertegur sapa disebabkan kedudukan rumahnya yang tersorok.

"Saya pun tidak tahu ada kanak-kanak di rumah berkenaan kerana kami tak dengar langsung sebarang jeritan jika mangsa didera.

"Saya pun memang sentiasa menutup pintu rumah dan anak-anak pun tidak pernah bergaul dengan kanak-kanak berkenaan," katanya ketika ditemui, hari ini.


Katanya, dia hanya tahu mengenai kematian kanak-kanak itu ketika berada di rumah jirannya yang didatangi polis pagi Isnin lalu.

Seorang lagi penduduk yang juga enggan dikenali berkata, dia sering melepak berdekatan rumah suspek dan tidak pernah mendengar sebarang jeritan atau tangisan kanak-kanak.

"Saya pernah bertegur sapa dengan lelaki yang juga suami suspek tetapi tidak berbual, mereka kerja apa dan di mana pun saya tidak tahu.

"Pasangan ini pun baharu sahaja tinggal di rumah berkenaan yang sebelum ini kosong dan rasanya dalam tempoh kurang setahun," katanya.

Sementara itu, dalam tinjauan yang dilakukan di sekitar rumah suspek mendapati keadaan rumah sunyi sepi dan sudah dipasang tali pita polis.

Terdapat sebuah kereta dan motosikal dipercayai milik suspek yang turut ditinggalkan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia, pada Isnin lalu dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu. 

Kamarul Zaman berkata, susulan itu polis menahan lima individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri berusia 15 hingga 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes dera berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote downiey 28-12-2022 09:31 PM
innalillahiwainnalilhirojiun.. Syurga tmpt mu dik
Quote biskutsusu 28-12-2022 09:37 PM
Pasangan suami isteri berusia 15-37 tahun? Ke i salah baca?
Quote Carcosa 28-12-2022 11:03 PM
biskutsusu: Pasangan suami isteri berusia  ...


Bukan. Maksud dia : Polis ada tangkap 5 orang. Termasuk pasangan suami isteri perangai babi ni.
Range umur kelima2 mereka adalah from 15 - 37
Quote pearl.silver 28-12-2022 11:39 PM
Ni kes sama bdk 4 tahun kne dera kwn2 kkk tu ke?
Quote hanihan16 28-12-2022 11:48 PM
yang i pelik kebanyakan kes dera budak kecik ni, mesti terbongkar once pelaku sendiri bawak mangsa ke hospital or report polis atas sebab mangsa tak sedarkan diri atau dah nyawa2 ikan. tak terfikir ke pihak hosp & polis ni boleh detect budak tu mangsa dera?
Quote hmmlantakko 29-12-2022 01:51 AM
makbapak isap dadah ke kena thn dgn polis??? anak bersusun paku masyaAllah 11 org. laratnya diaaaa. hmmmmmm. ke jns tahu beranak je? nauzubillah
Quote kaedahnya 29-12-2022 05:38 AM
yang 15 tu maybe kakak dia, 23 tu maybe abang ipar la sebab report polis tu sebut rumah dia. yang lagi 3 tu tak tau la siapa. dengan jiran jiran tak dengar apa. or memang dengar tapi malas nak campur ke. argh tension baca bebenda macam ni.
Quote darkness 29-12-2022 07:15 AM
Rumah jauh2 antara satu sama lain ni
Quote sangbara2020 29-12-2022 08:48 AM
kita nih kan bila bz bodi org menyampah...
bila xbz bodi jd bnde2 cenggini....
Cne nak buat?
Quote supernaturalee 29-12-2022 09:27 AM
warna cat rumah tu mcm baru lagi
tp bwh2 tu dh start naik lumut
dpn rmh air bertakung tu
buat setara tanah ke rmh ni
klu lebat sgt mau masuk air dlm rumah


mcmn la lbh 10 org duk dlm rmh sekecik itu
tu x tunjuk dlm rumah lagi tu
Quote adeqbun 29-12-2022 09:45 AM
rumah taman.kondo/apartment pon mcm ni lah..masing2 bz keluar awal,balik lmbt dr keje..smpi x smpt nak cakna jiran tetangga...kalau budak nanges meraung2 pon bkn xnak peduli..tp ade anak yg jenis kaki nanges...huhuhu
Quote mizruncing 29-12-2022 09:51 AM
aku pending sikit kes ni. tp kesian umur 4 tahun mati sbb kena dera.. giler ke ape yg dera tu
Quote rosedemon 29-12-2022 10:01 AM
xpela dek, rest oin syurga lagi tenang hidup ko
Quote madamms1 29-12-2022 02:29 PM
sedihnya. syurga buatmu anak..
Quote KamikuP 29-12-2022 03:06 PM
Meolss kalau bab bab budak baby kene dera sampai mati ni mmg meolss rasa sedih hiba sesangatt... hmmm
Quote Decaffeinated 29-12-2022 04:03 PM
komen sama ja bukak lah sepuluh benang pun. janji KPI capai


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034254 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top