Puteri Sarah berang bila ada yang menuduhnya meroyan disebabkan suaminya, Syamsul curang dan didakwa dah berkahwin dengan Ira Kazar. Kata Sarah ada pihak yang telah memuat naik video sunting dari TikTok Live memaparkan dirinya bergelak ketawa sehingga disyaki meroyan.
Susulan itu Sarah memuat naik video memohon netizen supaya tidak buat spekulasi bukan-bukan tentang dirinya. “Saya ada terbaca satu artikel yang telah membuatkan ramai orang salah faham. Apabila saya buat live di TikTok, saya hanya menjawab persoalan orang dan saya buat lawak lepastu orang ketawa. “Jadi ada yang edit sikit-sikit.. gabungkan dalam satu video sampai nampak saya ini macam orang yang tak betul pula. Kemudian ramai yang kritik saya belum move on, meroyan hanya sebab mereka judge daripada video yang sikit itu.
“Macam mana korang tahu yang saya ni meroyan? Duduk serumah dengan saya ke? Lebih baik korang tak perlu cakap apa-apa. Jadi di sini saya nak jelaskan mengenai video pendek menunjukkan saya belum move on. “Benda tu dah lama berlaku, tak bermaksud saya kerap cakap mengenai perkara tersebut terus nak judge saya belum move on, tertekan, meroyan, nak kata saya ni buat-buat happy. “Pertama sekali, saya dah empat tahun tutup mulut dan kena mental torture dari pihak sana. Jadi ini adalah hak saya untuk bercakap. Bukannya saya dedahkan apa yang berlaku secara details. Jadi jangan mudah nak judge daripada video yang telah disunting,”katanya. -CARI |
orkidorkido replied at 28-12-2022 07:36 PM
Have some class sarah
makcun14 replied at 28-12-2022 08:23 PM
Team sokong PS merempan VS team menyampah la dengan PS please stay classy mana?
Iols standby ngan p ...
downiey replied at 28-12-2022 09:35 PM
sbrnye aku pon dh bosan dgn cite die ni.. ahah
dua_chzy replied at 28-12-2022 09:07 PM
Astaga...
Now akak pun rengsa. Cukop la tu.
ADVERTISEMENT