Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. Menerusi hantaran yang tular di laman TikTok, Sajat merindui kedua-dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.
“Janganlah sedih, mestilah sedih. You all buat I macam mana? “Korang sanggup pisahkan ibu walaupun ibu tu bagaimana sekalipun, dia tetap ibu. Dia pondan ke perempuan betul ke even perempuan betul pun belum tentu boleh jadi ibu yang bagus buat anak-anak. “So tak payah kita menghina, kita tak payah nak judge. Tapi Sajat anggap benda tu adalah salah satu semangat untuk Sajat. Memang Sajat menangis, sedih berjauhan dengan keluarga semua tapi cukuplah apa yang terjadi pada Sajat ni,” ucap Sajat.
Sementara itu, Sajat menunjukkan potret anaknya sebagai tempat melepas rindu ketika berada jauh di Australia. “Orang tak tahu yang saya sedih, orang tak tahu saya kecewa sampai berjauhan dengan anak-anak. “Berpisahnya saya dengan anak-anak, tiada siapapun tahu tapi semangat inilah yang buatkan saya nak berjaya dan maju ke depan. Terus ke depan dan I akan buktikan, setahun je I bangkit balik dan inilah hasilnya. Kerusi-kerusi yang you tengok ni akan dipenuhi dengan customer I,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, warganet meminta untuk Sajat kekal kuat meneruskan hidup dan ada juga wargamaya yang berbangga dengannya kerana mampu membuka perniagaan di luar negara. “Sabar, kuatkan semangat mu dik. “Saya jadikan awak sebagai inspirasi untuk terus positif. “Nasib baik Sajat cerdik hal perniagaan. Dapat sesuaikan diri tak kira dia kat manapun,” komen netizen. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|