CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mual,Jijik! Najis Tikus Dan Lipas Di Kedai Makan

28-12-2022 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1286| Komen: 11

KUALA SELANGOR – Najis tikus dan lipas antara ditemui di kedai makan di sekitar daerah ini dalam operasi Tom Yam dan premis makanan waktu malam baru-baru ini.

Penemuan itu sekali gus menyebabkan lapan premis diarah tutup 14 hari berikutan tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan dalam operasi bermula Mei hingga Oktober lalu.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berkata, dalam tempoh sama sebanyak 162 kompaun dan 18 notis telah dikeluarkan kepada pengusaha premis makanan.

Foto: Kosmo

Katanya, ini hasil pemeriksaan terhadap 77 kedai makan bagi memastikan premis makanan bersih dan selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Pemeriksaan mengejut seperti ini akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha–pengusaha premis makanan.


“Premis-premis yang telah diarahkan tutup selama 14 hari perlu melaksanakan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPKS menambah tindakan juga diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKS) 2007 bagi kes-kes lain.

Jelasnya, operasi dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor turut mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 dan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 28-12-2022 07:59 PM
Batal lesen takleh ke?
Quote Belibis 28-12-2022 08:05 PM
airfilterkotor: Batal lesen takleh ke?

Takde income ler PBT..[em:22:]
Quote habisnamadahni 29-12-2022 02:19 AM
jijikknyaa [em:11:]
Quote jejaka_hensem 29-12-2022 02:43 AM
Ghisau pulak nak beli makanan kat foodpanda,dah la tak tahu kedai dimana,bersih ke tidak kedainya
Lepas ni,kena tanya abg foodpanda tu,kedai mana yg bersih,mana yg kotor
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 02:45 AM
Kedai yang pengotor tu yang paling sedap, contohnya kedai guna air basuh pelir
Quote airfilterkotor 29-12-2022 03:41 AM
Belibis replied at 28-12-2022 08:05 PM
Takde income ler PBT..[em:22:]

Kalau level kotor tara gini, elok batalkan lesen jer.

Cer tengok gambar longkang tu... perghh.
Ni pun satu kesalahan.
Semua sisa makanan/minyak bakal mengalir ke parit/sungai.

Sek baik wartawan tak snap gambar tandas dia.




Quote supernaturalee 29-12-2022 09:58 AM
jijiksssssssssssssssssssss



Quote rosedemon 29-12-2022 10:00 AM
situasai boasa, antara nampak ngn x nmpak jee
Quote FOTHER-MUCKER 29-12-2022 12:02 PM
Ingatkan di Indonesia sahaja masih berniaga di dalam longkang seperti tu. Malaysia pun sama
Quote madamms1 29-12-2022 02:27 PM
tu lah...kadang kat depan tu cantik elok jer..kat belakang tu sapa ja yg tahu kalau tak p serbu..
Quote Simunggu 29-12-2022 02:39 PM
memang banyak kedai makan mcm ni.....bagus masak sendiri di rumah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054539 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top