CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awie Sanggup Tinggal Di Rumah Sendirian, Senang Nak Pergi Kubur Setiap Hari

28-12-2022 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2956| Komen: 29

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun sanggup tinggal sendirian di rumah peninggalan bapa angkatnya supaya dapat melepaskan ‘rindu’ dengan melawat kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pupuh, Ampangan di sini setiap hari.


Muhammad Syakawie Abdullah, atau mesra dengan panggilan Awie berkata, bapa angkatnya, Azman Aziz, 50, dijemput ilahi pada 24 November lalu akibat serangan jantung.


Foto: Kosmo

“Saya tak takut dan selesa tinggal sendiri di rumah ini, memang saya rapat dengan ayah dan kami memang tinggal berdua sejak saya kecil lagi.

“Apabila ayah sudah tiada memang rasa kehilangan besar, sebab saya selalu bergurau dan masak bersama ayah, malah saya selalu ikut ayah bekerja sebagai pemandu lori di sekitar Seremban,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pupuh, Ampangan di sini hari ini.


Awie yang bersekolah sehingga Tingkatan Tiga berkata, menjadi rutin hariannya melawat kubur arwah bapanya yang terletak kira-kira 60 meter dari rumah bagi melepaskan rindu.

Menurut Awie, dia tidak menyangka bapanya pergi terlalu awal dan arwah sempat berpesan supaya belajar berdikari dan berubah menjadi lebih baik pada malam sebelum ayahnya meninggal dunia.

“Saya bermimpi ayah terjatuh dan terus keluar dari bilik mencari ayah, tengok dia sudah terbaring kaku.

“Saya cuba hubungi kawan-kawan dan saudara terdekat ayah untuk membantu menguruskan jenazah,” katanya yang kini menumpang kasih dengan keluarga kakak ayahnya, Faridah Aziz, 51, yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Faridah berkata, Awie dijaga oleh ibunya sejak dari kecil sebelum diserahkan kepada adik bongsunya, Azman yang menunaikan tanggungjawab menjaga Awie dengan baik.

“Sekarang saya mengambil tanggungjawab untuk jaga Awie tengokkan keadaan dia, Awie sendiri hendak tinggal di rumah ini kerana dekat dengan kubur arwah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jiboi Baru, Abd Razak Mohd. Idrus berkata, kisah Awie turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek yang turut melawat dan menghantar bantuan keperluan nya.

Jelas Abd Razak, pihaknya kini dalam proses menguruskan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal untuk Awie.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Faridah di talian 010-2493282. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 28-12-2022 06:10 PM
sedihnya kisah Awie ni
semoga jd anak yg berjaya dunia akhirat
Quote Zack8hunter 28-12-2022 06:18 PM
adik tu pulak dh x sekolah.. apa la yg dia buat hari2 sensorg tu
Quote sashasam 28-12-2022 06:23 PM
Zack8hunter replied at 28-12-2022 06:18 PM
adik tu pulak dh x sekolah.. apa la yg dia buat hari2 sensorg tu

rasanya tak de pun bgth dia tak pergi sekolah dlm artikel di atas? cuma kdg2 ikut ayah pergi bekerja saja kan?

Quote krustykrab 28-12-2022 06:24 PM
Dik..yg dh pi tu takkn kembali lagi..yg hidup ni, nak tak nak kena teruskn kehidupan. Adik kena sambung belajar.nk keje pun bawah umo lagi.
Quote Zack8hunter 28-12-2022 06:25 PM
sashasam replied at 28-12-2022 06:23 PM
rasanya tak de pun bgth dia tak pergi sekolah dlm artikel di atas? cuma kdg2 ikut ayah pergi bekerj ...

"Awie yang bersekolah sehingga Tingkatan Tiga berkata...."

ada tulis dlm tu
Quote Moyangkucing 28-12-2022 06:30 PM
Harap2 awie dapat terus bersekolah semula. Untuk masa depan dia, moga ada yg bantu ..
Quote limesherbet 28-12-2022 06:30 PM
Edited by limesherbet at 28-12-2022 06:34 PM

Routine anak yg soleh solehah tiap hari untuk ibu bapa yg meninggal adalah doakan ampunkan dosa ibu bapak & sayangi kasihankan mreka sebagaimana mreka kasihankan kita masa kecik... lepas every solat...sedekah/infaq waqaf, istighfar utk mreka, kekal bersahabat dgn kaean² mreka yg mreka kasihi....ini lebih utama dari gi kubur. Kalau rindu doakan ,istighfar utk mreka. Gi kubur tak la salah tapi jgn lupa yg lebih penting yg akan tolong mreka di alam barzakh...in je cara untuk masih berbakti pada mreka lepas mreka meninggal..

Plus apa² amal kebaikan kita as anak mak bapa kita jugak dpt pahala

I miss my papa
Quote shernazz 28-12-2022 06:37 PM
Sambung masuk kolej vokay dik..
Dptkan kemahiran
Mana tahu ada rezeki kan..dalam bidang yang diceburi
Quote bunnyj3lly 28-12-2022 07:11 PM
shernazz replied at 28-12-2022 06:37 PM
Sambung masuk kolej vokay dik..
Dptkan kemahiran
Mana tahu ada rezeki kan..dalam bidang yang dicebur ...

I sangat setuju. Budak kan macam-macam kecenderungan dia. So, elok dia dinasihatkan masuk vokasional. Mungkin dia belum selesai grieving.. tu la hari-hari pegi kubur.
Quote Carcosa 28-12-2022 11:51 PM
Adoii dikkk... Sedihnya kau buat akak dikk...
Aduhhhh... Drpd cara menjawab tu, akak nampak kau ni budak baik dik... Semoga Allah pelihara adik sebaiknya. Aaminnnnn Aaminnnnn Aaminnnnn, Ya Allah.
Quote ina_na 29-12-2022 01:06 AM
Tahun pertama mmg sgt2 sukar nk terima kenyataan.. tp Kalo rumah yg bapak angkat tu rumah sendiri..mungkin tu keputsan yg tempat.. kadang2 riso gak kn dera gan mak saudara angkat ke.. mcm2 kes skrg ni kan..Kalo dah boleh berdikari x jd mslh..mungkin boleh ajak kawan kat sekolah seorg dua teman kat rumah..sambil2 blh bt revision..
Quote shernazz 29-12-2022 08:06 AM
bunnyj3lly replied at 28-12-2022 07:11 PM
I sangat setuju. Budak kan macam-macam kecenderungan dia. So, elok dia dinasihatkan masuk vokasion ...

Tu la..selama ni dgn ayah dia..tibe2 dia sorang2..mmg amek masa juga nak elok kan..
Naseb ada kakak ayahnya...boleh juga singgah2 luah perasaan..menumpang kasih
Quote jazaa100 29-12-2022 08:13 AM
sashasam replied at 28-12-2022 06:23 PM
rasanya tak de pun bgth dia tak pergi sekolah dlm artikel di atas? cuma kdg2 ikut ayah pergi bekerj ...

Dah tak sek.....
Quote supernaturalee 29-12-2022 08:26 AM
parent kandung x dtg ambik jaga ke

sainnya
pegi la belajar, akademik, vokay, pape je lah kan
meet new people around ur age

lama mn la nk duk sorg tu

Quote pooh~key 29-12-2022 08:31 AM
Seronok zaman sekarang sis. Meratap pergi kubur pun jadi famous masuk sokkabar sister.
Quote Nnasda53 29-12-2022 08:37 AM
Moga adik ni menjadi anak yg soleh berjaya dunia akhirat.
Harap adik sambung belajar semula.
Yang pergi tetap tak kembali.
Teruskan berdoa buat org tuamu.
Quote rosedemon 29-12-2022 09:59 AM
kesian awie, semoga dipermudah
Quote Suchi 29-12-2022 10:17 AM
shernazz replied at 28-12-2022 06:37 PM
Sambung masuk kolej vokay dik..
Dptkan kemahiran
Mana tahu ada rezeki kan..dalam bidang yang dicebur ...

Baru td baca berita Adun nk hantar dia masuk kolej yayasan amik bidang kulinari sbb dia minat memasak.
Oklah demi masa depan dia gak boleh berdikari nnt, sian mak dan bapak angkat dedua pun dh meninggal awal.
Quote shernazz 29-12-2022 10:20 AM
Suchi replied at 29-12-2022 10:17 AM
Baru td baca berita Adun nk hantar dia masuk kolej yayasan amik bidang kulinari sbb dia minat mema ...

Alhamdulillah...
Dpt kemahiran tu gunakan sebaiknya...
Mana tau ada rezeki..dpt keje elok2...
Kasi lawan chef misai kontot campak2 tu...
Hati kasi kental..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.142766 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top