CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terkejut Sawa Batik 70kg Lilit Dahan Pokok Durian

28-12-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1346| Komen: 8

Seorang lelaki di Jalan Pengkalan Chepa, di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram (kg) yang 'bersembunyi' di atas sebatang pokok durian di rumahnya di sini pada Rabu.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Kapten (PA) Md Fadir Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 pagi daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Tan.


Anggota APM memotong dahan yang dililit ular sawa batik seberat 70 kg di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

"Sampai di lokasi, kami dapati seekor ular sawa sedang membelit dahan pokok durian pada ketinggian enam meter.

"Anggota yang bertugas telah memanjat pokok tersebut dan mengambil tindakan memotong dahan yang terdapat reptilia itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.



APM Kota Bharu mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik ini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter itu.

Ujarnya, ia telah dibawa ke bilik gerakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 28-12-2022 05:10 PM
Chop
Kalau ular tu atas pokok kat luar rumah kenapa sampai kena panggil bomba
Quote sharlenetexas 28-12-2022 05:12 PM
jfq replied at 28-12-2022 05:10 PM
Chop
Kalau ular tu atas pokok kat luar rumah kenapa sampai kena panggil bomba

APMlah. Langkah berjaga2 takut ular sawa tu masuk dalam rumah ke, gi ngap manusia ke. Jadi berita lain pulak.


Quote liyamariska 28-12-2022 08:23 PM
Citer sal perhilitan, teringat kt duda berhias...

Segala yg tidak disukai seraya menyeru Perhilitan kutip segera...
Quote edayildiz 28-12-2022 08:28 PM
gemukmya mkn apa la ek..seram tgk..nasib xkacau org
Quote makita 28-12-2022 09:07 PM
liyamariska replied at 28-12-2022 08:23 PM
Citer sal perhilitan, teringat kt duda berhias...

Segala yg tidak disukai seraya menyeru Perhilitan ...

Kaka duda tu boss besar perhilitan sis
Quote matamata 28-12-2022 09:08 PM
Idak le sampai 70KG...nipu bebenor tu
Quote ultra78 28-12-2022 09:10 PM
Sempat jugak encik Tan tu bergambar..
Quote Uhejsyg 23-12-2024 08:09 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.




Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039778 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top