CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertimbang Bina Rumah Mesra Rakyat Kepada Mangsa Banjir, Bukan Percuma Tapi...

28-12-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 727| Komen: 2

Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB.


FB

“Petang esok saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.

“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Kebangaan (SK) Kampung La di Hulu Besut, dekat sini hari ini.


Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di negara ini, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama semalam berkata berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 28-12-2022 05:21 PM
Bina rumah yang lantai tinggi mcm rumah kayu tradisional melayu zaman dulu. Ada sebab kenapa design mcm tu. Datang zaman rumah batu semuanya lantai atas tanah. Bila air naik sikit terus tenggelam barang dalam rumah.






Quote Uhejsyg 23-12-2024 08:10 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.




Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.031514 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top