Pening kepala majikan jika dapat ‘bibik’ yang bermacam kerenah. Seperti dilalui seorang usahawan bernama Cekk Wulan yang mendedahkan terpaksa melayan perangai pembantu rumahnya dari seberang. Dalam perkongsian di TikTok, wanita tersebut sempat berkongsi rakaman ketika berjaya mencekup bibik di dalam sebuah bas ketika cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur. Selepas dibawa pulang, ternyata drama yang dilakukan pembantu rumah tersebut tidak hanya terhenti di situ sahaja apabila dia kemudian berpura-pura pengsan. Bagaimanapun, dia segera bangun apabila Cekk Wulan berkeras ingin menghubungi ambulans.
Dek kerana tidak tahan dengan pelbagai masalah dicetuskan, wanita berkenaan memutuskan untuk menghantar semula bibik itu kepada ejen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup terhibur melihat segala helah dilakukan pembantu rumah berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga majikan di luar sana sempat berkongsikan pengalaman hampir sama menggajikan golongan ini. Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT