CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Arah 12 Isteri Ambil Pil Perancang, 'Serik' Tambah Anak

27-12-2022 08:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1386| Komen: 16

Seorang lelaki di Uganda mempunyai 102 anak bertekad untuk tidak lagi mendapat cahaya mata kerana bergelut untuk mendidik anak-anaknya yang semakin membesar, lapor akhbar Daily Star semalam.


Musa Hasahya, 67, yang mempunyai 12 isteri kini mengarahkan mereka untuk mengambil pil perancang keluarga.

“Saya tidak boleh bertolak ansur lagi untuk (isteri-isterinya) melahirkan anak kerana sumber yang terhad. Atas dasar itu, saya telah menasihati semua isteri saya untuk membuat perancangan keluarga.


Nordkurier.de/Henry Wasswa/dpa

“Saya juga tidak menggalakkan orang ramai yang ingin berkahwin lebih daripada empat isteri supaya tidak berbuat demikian kerana situasi (ekonomi) yang tidak baik,” katanya.


Musa yang juga mempunyai 568 cucu, mempunyai rumah 12 bilik di Bugisa. Dia berkata, walaupun boleh membezakan anak-anak dan cucu-cucunya, dia tidak mengenali semua mereka dengan panggilan nama.

Musa berkahwin dengan isteri pertamanya, Hanifa pada tahun 1971 ketika usia 16 tahun selepas berhenti sekolah. Dia menjadi bapa buat kali pertama dua tahun kemudian apabila isterinya melahirkan seorang anak perempuan.

Sebagai pengerusi kampung dan ahli perniagaan, Musa berkata, dia memutuskan untuk menambah bilangan keluarga kerana mempunyai wang dan tanah.

“Oleh kerana saya memperoleh sesuatu, saya memutuskan untuk mengembangkan keluarga saya dengan mengahwini lebih ramai wanita,” ujarnya.

Musa kini meminta bantuan kerajaan dan berkata, dia sedang bertungkus-lumus untuk mendidik semua anak-anaknya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 27-12-2022 09:02 PM
Sel-sel otak baru berhubung ke..  sampai 100+ br nak stop
Quote swimswim 27-12-2022 09:04 PM
Mslhnya bkn dkt bini. Yg ngko kawen sampai 12org tu mengapa
Quote mejaputih 27-12-2022 09:07 PM
Dia takde pula nk buat pemandulan
Quote eyansss 27-12-2022 10:47 PM
bodoh!  ko la yang buat vasectomy sebab gatal batang nak isteri banyak2…
Quote ninja boy 27-12-2022 10:57 PM
Edited by ninja boy at 27-12-2022 10:58 PM

1 penis boleh membiak sampai menjadi 1 taman perumahan 700 penduduk taw
Quote gideoncross 27-12-2022 10:57 PM
swimswim replied at 27-12-2022 09:04 PM
Mslhnya bkn dkt bini. Yg ngko kawen sampai 12org tu mengapa

Klau bca kat artikel tu, ktanya lps dia dh mrasa smth bila bini prtma dh mlahirkn ank2, jdi mungkin tu sbb nya yg buat dia rsa alive.
Quote missyL 28-12-2022 02:48 AM
Patut nye vasectomy awal2.
Terbiar anak2
Haih pastu nti bdk2 tu kene rape ke ape ke
Adoi.
Nti umo 10 thun dah soh kawen
Kawen plk dpt pesen cm bapak die bini smpi 12
Kesian nye kamu anak2.
Bkn nye di pinta lahir di dunia
Quote boo04 13-12-2024 07:54 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Decaffeinated 23-12-2024 12:39 PM
Lawa2 ka isteri beliau?
Quote Yoonggi 23-12-2024 01:07 PM
bini jugak yg kena mkn pil perancang. awat dia x buat vasectomy je?
Quote areyam 23-12-2024 05:24 PM
tak masuk rekod dunia ke kawin ramai anak ramai...
Quote B40tastePosh 23-12-2024 07:17 PM
Kenapa tak boleh lebih dari 4...baru nak kembali ke pangkal Agama dan ke pangkal rahim ke?

Masalah nya anak kau dah besar besar macam mana nak kembali ke Pangkal Agama dan ke Pangkal Rahim?

Quote buapakperut 23-12-2024 07:47 PM
lah, hang yang menoron hang la patut kena kasi. paling kurang pakaikan topi
Quote ninja boy 23-12-2024 08:06 PM
Bapak kawasan ni, mesti anak2 sepesen muka sama, anak2 patut mandulkan sekali sbb boleh membiak 10 kalau ada 50 ekor cucu 500
Quote syamzana 23-12-2024 08:30 PM
blh buat perkampungan satu fmly dia saje.
cucu pun ramai giler
Quote ultra78 23-12-2024 09:41 PM
kenapa kau tak potong anu sendiri?  

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.141219 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top