Tular di Twitter pengalaman seorang pengguna menggunakan produk herba dari negara seberang dikenali sebagai Tolak Angin menarik perhatian warganet.
Berdasarkan ciapan dimuat naik @IniAlalalannn, herba ini dapat membantu masalah perut berangin, lesu atau kembung. Perkongsian tersebut kemudian mendapat ciapan balas dari kalangan warganet yang juga pernah menggunakan ubat herba dari Indonesia ini. Namun, ada juga warganet memberi peringatan, di mana ubat herba ini tidak sesuai untuk di minum bagi wanita yang sedang hamil, menyusu dan ada alahan ubat. Sekadar info, herba Tolak Angin ini di dapati dalam bentuk serbuk untuk minuman dan juga jenis minyak dalam botol untuk sapuan luar sahaja. Berdasarkan perkongsian warganet, kedua-dua jenis produk ini tidak sesuai digunakan jika sedang menyusu anak, hamil dan juga yang ada alahan ubat. Sumber: Murai
|
puterikhaleeda replied at 29-12-2022 03:23 PM
betul... pernah beli kat Watson .... yg cecair tu...campur air suam.. sekali minum rasa macam lega d ...
ADVERTISEMENT