Ryan Bakery mengakui terlampau banyak berfikir mengenai kandungan yang bakal dimuat naik antara faktor menyumbang kepada Gerd Anxiety dihadapinya.
Malah, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mengalami kesukaran untuk tidur pada sebelah malam sehingga menganggu waktu tidurnya. "Sejujurnya saya memang banyak berfikir kerana sebagai 'content creator', saya fikir macam mana kalau saya tak boleh buat atau kandungan yang dihasilkan tidak memuaskan. Ini adalah sumber rezeki saya. "Saya pernah jumpa doktor dan disahkan saya tiada apa-apa masalah, so saya dah agak dah benda ni mungkin Gerd anxiety sebab kawan saya ada yang turut mengalami situasi yang sama.
|
bungarose: Takder kejer lain ker selain pelawak dimedsoc?
awekjepun replied at 27-12-2022 06:05 PM
Bahaya bila tiba2 naik sbb viral. Benda viral selalu xtahan lama. Org bosan.. org akan cari yg lain ...
ADVERTISEMENT