CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Paras Diabetes Terlalu Tinggi, Mak Jah Masuk Hospital

27-12-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1088| Komen: 4

Maimunah Ahmad, 73, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampang Khamis lalu akibat paras diabetes yang tinggi.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion berkata, Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibunya yang kurang bermaya.


"Selepas menerima rawatan keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun.

"Bagaimanapun dia masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun naik," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Tukiman bersama Amran Nasarudin (Timbalan Presiden PKAVM), Norlidyawati Shabullah (AJK) dan Chef Yang Jamil (SU) sempat meluangkan masa melawat Mak Jah semalam.


"Alhamdulillah ...dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral.

"Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya. Semoga dia cepat sembuh. Dia ahli yang aktif dan sering terbabit dengan program anjuran kami," katanya.

Tukiman berkata, dia memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.

"Saya beritahu ahli agar mohon Allah sembuhkan Mak Jah. Itu adalah semangat sebagai menghormati senior seperti dia.

"Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.

"Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 28-12-2022 09:39 AM
inalillah. semoga cpt sembuh
Quote annadonna 28-12-2022 10:19 AM
Biasalah tu umur dah 73. Kalau masih berlakon memanglah letih.
Quote sangbara2020 28-12-2022 10:30 AM
semoga cepat sembuh
Quote wirazam 28-12-2022 12:27 PM
Siapa tukiman Tu..artis juga ke

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043079 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top