CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Tertipu Dengan Hantu Stoking Ini," Aznil Hj Nawawi Bengang Gambar Disunting Tanpa Kebenaran

27-12-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1174| Komen: 5

Datuk Aznil Haji Nawawi menyelar sikap tidak bertanggungjawab seorang peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya tanpa izin bagi mempromosikan produk.

Katanya, orang ramai diminta berwaspada supaya jangan terpedaya dengan iklan palsu yang jelas menyalahgunakan identiti orang lain sebagai pelaris.

Foto: IG

“Penipuan! Anda semua jangan tertipu dengan hantu stoking ini,” kongsinya yang turut menyertakan tangkap layar iklan palsu tersebut dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, ikon dunia pengacaraan berkenaan menunjukkan dua gambar sama iaitu foto asal dengan paparan yang sudah disunting.

Pengendali akaun tersebut menyunting fotonya yang memegang sijil pengiktirafan dalam sebuah majlis dan menggantikannya dengan promosi stoking terapi.




Sementara itu, dalam ruangan komen ramai rakan selebriti serta pengikut laman sosial meminta Aznil atau Pak Nil menggunakan saluran undang-undang sebagai jalan penyelesaian.

“Ambil tindakan tegas kepada mereka,” luah hos, Nabil Mahir yang juga suami kepada Ayda Jebat.

“Kurang ajarnya mereka. Saman saja Pak Nil,” kata pelakon dan pengacara, Fizo Omar.

“Mereka memang kurang ajar, berniaga dengan cara menipu! Macam itulah saya kena sebelum ini,” kata pelakon sensasi, Che Ta atau Rozita Che Wan.



Sebelum ini, sudah banyak kes membabitkan pihak ketiga yang menggunakan nama selebriti bagi tujuan penipuan promosi atau menjual produk palsu.

Antara selebriti yang pernah menjadi mangsa iklan palsu termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Che Ta dan Yana Samsudin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pencintaABC 27-12-2022 04:52 PM
Kertunya neknil tapi nampak betul gigi kemas tersusun
Quote ketambangkang 28-12-2022 08:34 AM
bnyk skrg penipu cari customer dgn cara mcm tu..siap guna fb nama paknil, dr. amalina, dr. malar, dr. halina, dr. sheikh muzaffar..yg komen2 kat situ konon testimoni pon byk fake account  
Quote redz85 28-12-2022 09:16 AM
untuk pakcik 60 tahun, he looks good..
Quote rosedemon 28-12-2022 09:38 AM
tok nil ni gyaah ke
Quote supernaturalee 28-12-2022 03:14 PM
mmg selalu naik tren ke atau utk content

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048201 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top