LANGKAWI – Seramai 610 penumpang terkandas selama lebih enam jam di Terminal Feri Kuala Perlis dekat sini semalam selepas feri ke Pulau Langkawi mengalami kerosakan.
Insiden membabitkan penumpang feri pukul 3 petang itu turut tular di media sosial. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, feri tersebut tidak dapat berlayar kerana mengalami kerosakan pada kipas enjin. “Feri yang rosak itu perlu ditunda keluar dari terminal bagi membolehkan feri lain yang tiba dari Langkawi untuk berlabuh di situ. “Walau bagaimanapun, bot tunda dan feri gantian kepada feri rosak berada di Langkawi dan ketika dua pengangkutan tersebut tiba di perairan Kuala Perlis, air telah surut,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, feri yang dijadualkan berlayar ke pulau itu pada pukul 4 petang, 5 petang dan 5.30 petang beroperasi seperti biasa, namun sedikit lewat daripada jadual asal. “Feri gantian pula terpaksa menunggu air pasang pada pukul 10.30 malam kerana keadaan air surut di Terminal Feri Kuala Perlis yang menyebabkan feri tidak boleh berlabuh,” ujarnya.-CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 27-12-2022 06:38 PM
Last gi langkawi sebelum pkp dolu...
Entah le...cuti2 dgn family..ada mak n adik2..syok la
Tp coklat ...
Kitty_catz replied at 27-12-2022 06:33 PM
ohemgeee meols first and last pi langkawi masa form 3... idak rasa nak jejak pun.. dr langkawi baik ...
matamata replied at 27-12-2022 07:19 PM
Fair excuse bg aku... Air pasang surut ni tak blh buat apa2 la
cmf_premierleag replied at 27-12-2022 07:28 PM
iols pun pi in 90s je
kowser nk pi sana.nothing authentic pun
Kitty_catz replied at 27-12-2022 07:32 PM
kan.. apa tarikan..? barang makan smer rega yahudi shaiythonn nirojim
ADVERTISEMENT