Ameera Khan mengakui dia amat menghormati dan kagum dengan ketabahan Neelofa. Katanya kakaknya itu sangat kuat menepis tohmahan serta kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.
Seorang peminat yang mengikuti Live meminta Ameera untuk menjadi seperti Neelofa, mencontohi semangat kakaknya yang sentiasa teguh dan bangkit berdiri biarpun sentiasa dikecam dari awal permulaan kariernya sehingga ke hari ini. “Saya hormat kakak sangat-sangat. Dia sangat kuat, saya tiada kata untuk menggambarkan betapa kuatnya dia. Saya rasa dalam negara ini, dia adalah manusia paling kuat yang saya kenal. “Dia digemari dan disayangi orang ramai tapi pada masa sama, ramai juga melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan kepada dia namun kakak sentiasa kuat dan tabah.
“Saya berharap saya sekuat Neelofa,”katanua. Pengikutnya juga menyokong apa yang dikatakan. “Betul Ameera, setiap orang lain caranya, kakak awak memang kuat,” komen seorang netizen. “Sistem sokongan setiap orang itu berbeza. Neelofa lain, Ameera lain, jadi tidak semua orang mampu untuk telan saja apa yang netizen kata."
|
cintasuraya replied at 27-12-2022 03:57 PM
Admin cari ni kenapa?
Reporter korang ni tak nak ko tegur ke?
airmineral replied at 27-12-2022 07:43 AM
tu je ke dunia dia weh
kesiannyaaaaa
dlm bubble sendiri
ADVERTISEMENT