CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera Rompak Pelacur Dalam Bilik Hotel Di Melaka

27-12-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4347| Komen: 46

MELAKA – Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang pelacur warga Vietnam, empat bulan lalu.


Tertuduh, Muhammad Mursyidien Azrai Nawi, 23, yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan bersenjata menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang tunai berjumlah RM1,800 serta dua unit telefon bimbit berjenama milik seorang wanita warga Vietnam.


Foto: Kosmo

Perbuatan itu dilakukannya kira-kira pukul 6.50 petang di sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Ogos lalu.


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000.

Peguam Ishak Mohd. Kari yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanyalah anggota berpangkat rendah dan menanggung ibu bapa yang uzur.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan menetapkan tarikh 14 Februari depan sebagai sebutan semula kes.-CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 27-12-2022 03:58 PM
Dh tau berpangkat rendah, jaga mak bapak uzur, duit pun xbyk mana lg, muda sgt lg yg ko buat hal sapa suruh….
Quote jazaa100 27-12-2022 04:02 PM
Kesian mak pak....

Memula dah blh bangga ank dpt jd tentera....
Tetiba buat hal le pulak .....
Baik kau langgar pokok sampai mati, sekurang² nya mak pak kau tak malu & dpt pencen
Quote bottompadu 27-12-2022 04:25 PM
makna kata dia merompak lepas melanggan ka atau merompak semata2?
Quote supernaturalee 27-12-2022 04:28 PM
"menanggung ibu bapa yang uzur"


dh kena gini mula lah bg alasan mcm ni
skrip yg sama lawyer2 ni bagi
and it works all the time
Quote manehnya 27-12-2022 04:29 PM
Hmmmm... Ni lah yg dibangga² oleh army wives
Quote Decaffeinated 27-12-2022 04:31 PM
Disini lah perlu nya khidmat bapa ayam. Pelacur ni freelance ka? Berani pula buat laporan.
Quote Decaffeinated 27-12-2022 04:33 PM
bottompadu replied at 27-12-2022 04:25 PM
makna kata dia merompak lepas melanggan ka atau merompak semata2?

Kena tengok iman la kot. Yang takut zina tu just fokus merompak ja. Vietnam tu dia tak sentuh.
Quote renko 27-12-2022 04:35 PM
Dah main pastu rompak?
Quote Simunggu 27-12-2022 04:36 PM
ada 2 dos besar ni...zina & rompak...
Quote ally9970 27-12-2022 04:44 PM
ATM dah boleh failkan saman fitnah ni... yg merompak tu bekerja sebagai anggota tentera, bukannya tentera (merujuk kpd badan beruniform)
Quote zorrro_03 27-12-2022 04:46 PM
celaka lah semua ni.
Quote dekmieDandy 27-12-2022 04:49 PM
mohon naikkan gaji cadet supaya mampu melanggan ayam vietnam

ehh ayam tu kena tangkap jugak ke tak.?
Quote sharlenetexas 27-12-2022 04:51 PM
Habis masa depan dek oi! Cikki viet tak kena dakwa atas tuduhan persundalan ke?


Quote prettyuglybabe 27-12-2022 05:13 PM
cari alasan nak berhenti army ke
Quote Kurex 27-12-2022 05:45 PM
Teringat 2 tentera yg melanggan pelacur tua dekat melaka. Circa 2015
Quote wikedsaikel 27-12-2022 05:59 PM
Apesal kau terdesak sangat nak oii
Quote Skuau 27-12-2022 06:02 PM
sharlenetexas replied at 27-12-2022 04:51 PM
Habis masa depan dek oi! Cikki viet tak kena dakwa atas tuduhan persundalan ke?

boleh 'settle'...kot.
Quote sharlenetexas 27-12-2022 06:09 PM
Kurex replied at 27-12-2022 05:45 PM
Teringat 2 tentera yg melanggan pelacur tua dekat melaka. Circa 2015

Milf?


Quote gideoncross 27-12-2022 06:39 PM
hareeeesah replied at 27-12-2022 03:58 PM
Dh tau berpangkat rendah, jaga mak bapak uzur, duit pun xbyk mana lg, muda sgt lg yg ko buat hal sap ...

Dh mcm2 news related to bnda cmni msuk Cari pstu c psalah mrayu utk d kurangkn hukuman sbb kat rumah ada makpak yg dh tua.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.142313 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top