CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Sabar Nak Bunuh India China," Komen Nazrul Nazari Tular Bikin Ramai Marah

27-12-2022 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1879| Komen: 6

Penularan semula kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dari pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’ yang tular di media sosial baru-baru ini, merupakan isu lama pada tahun 2019.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya mengesan penularan semula hantaran berbaur perkauman itu di pelbagai platform media sosial, hari ini.

Kata beliau, hantaran tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos 2019 oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Nazari’.

Foto: Kosmo

“Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun telah ditangkap 1 April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Justeru itu orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita lama atau dikitar semula, yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran melalui kumpulan Facebook ‘KERAJAAN PERPADUAN YDPA’ dengan memetik kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman oleh seorang pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’.

Dalam tangkap layar yang tular di media sosial itu, terpampang di ruangan komen dari ‘Nazrul Nazari’ yang tertulis ‘Bila 13 mei nak berulang… tak sabar nak bunuh india china’,” katanya. -KOSMO! ONLINE. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 27-12-2022 03:36 PM
lepas ni x sabar nk bunuh diri hang dik...
Quote Skuau 27-12-2022 05:56 PM
chek betul2...penyamar ke....
Quote rosedemon 28-12-2022 09:28 AM
lahhhh fake kaun ke btoi2. kalau btoi jgn kasi can
Quote juboqhang 28-12-2022 12:34 PM
Puak PoenN yg gagal jd kerajaan la ni.. kena tempias sentiment lebai2 hipokrit. Dlm ni pun bersepah sembang style x luas pergaulan! Baca pun boleh tau

Quote boo04 13-12-2024 07:58 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:01 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.633563 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top