CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Fitnah: S.M Faisal-Caprice Perlu Maklum Jika Ada Penyelesaian Secara Baik

27-12-2022 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1245| Komen: 10

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak dalam kes saman fitnah ahli perniagaan terkenal, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice dikehendaki memaklumkan kepada mahkamah sama ada mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik atau tidak.


Saman itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang dibuat Caprice di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi.


Foto: Kosmo

Peguam Puteri Ummi Kartini Abd . Latiff yang mewakili S.M Faisal yang dihubungi berkata dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Azian Othman merekodkan bahawa kedua-dua belah pihak boleh memaklumkan status penyelesaian secara baik, jika ada.

“Pihak-pihak perlu memaklumkan perkembangan sebelum tarikh perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari bermula 4, 5 dan 6 Oktober depan. Mahkamah turut menetapkan tarikh pengurusan kes secara e-Review pada 3 Julai depan,” katanya.


Dalam prosiding hari ini secara e-Review, Caprice diwakili peguam Harjoth Singh.


Foto: Google

Pada 20 September lalu, Kosmo! Online melaporkan S.M Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice sebagai defendan.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, S.M Faisal berkata, pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia, 43, yang juga bekas isterinya menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EraPajura 27-12-2022 02:33 PM
Meluat pulak tngok muka jantan gile s*x ni..
Quote mamajawie 27-12-2022 02:40 PM
Ya Allah EH skali tengok cam muka Fauziah Nawi..
Quote jiji85 27-12-2022 02:45 PM
ehhh tahi betul muka anjirr tu
Quote sharlenetexas 27-12-2022 03:42 PM
Kepris jadi ke nk saman mydin? Ke baru tulis surat saman?

Quote Raline 27-12-2022 05:55 PM
hmmm jgn kasi chance SM!
Quote cmf_premierleag 27-12-2022 08:15 PM
Apa bende si kepris ni tulis?
Quote kakikuDibibirmu 27-12-2022 09:25 PM
Sofa Merah tersenyum sinis
Quote rosedemon 28-12-2022 09:28 AM
saman ke keoris ni semua nk menempel
Quote boo04 13-12-2024 07:58 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:02 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078520 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top