CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Masuk Penjara, Budak Lelaki 4 Tahun Mati Didera Lima Kawan Kakak

27-12-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6761| Komen: 76

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang Jumaat.

"Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

"Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Gambar Hiasan

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.

Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia pada jam 6.40 petang Isnin.

"Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

"Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujar beliau. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 27-12-2022 12:56 PM
Aku ingat kat brazil tadi. Kojaq sekoq2 tak layak ada anak. Bagi mandul ja semua malaun2 ni
Quote mejaputih 27-12-2022 12:58 PM
mula2 ingat kat negara lain...
Quote dua_chzy 27-12-2022 01:00 PM
Soalan common:

Melayu? Cina? India?

Not to forget:
Iban? Kadazan? Bajau? Lunbawang? Orang Ulu? Senoi? Negrito? Portugese? Ceylonese? ()

Klue : Warga tempatan gais
Quote noor2 27-12-2022 01:01 PM
Tuhan je yg tahu betapa runtunnya hati aku bila baca kes kematian kanak2
Quote Skuau 27-12-2022 01:07 PM
'diserahkan kpd kawan kakaknya'???? Mmmmm.....
Quote gorjeous 27-12-2022 01:10 PM
kakak umur berapa??
Quote Carcosa 27-12-2022 01:10 PM
Rehatlah dik... Mungkin ada lebih baik nya jika kau tiada di dlm dunia yg kejam ini. Akak percaya, family kau semuanya setan2 betina dan setan2 jantan, so they don't deserve you, dik.
Quote Suchi 27-12-2022 01:18 PM
Selalu sgt mcm ni, sama je mcm elok2 duk dlm family yg lengkap tiba2 mak pak bercerai. Tak memasal kena hidup ngn bapak/mak tiri yg kejam lalu punah ranah hidup.
Atau pun tiba2 mak pak meninggal tup2 kena bela ngn keluarga angkat yg jahat. Atau kena duk kat JKM pastu kena dera kat sana.

Kasihan anak2 nih.. kenapa takdir adakala kejam terhadap kanak2?
Quote SalenaGomez 27-12-2022 01:24 PM
Suchi: Selalu sgt mcm ni, sama je mcm ...


Bayang kan apa yg berlaku pada anak2 to both parents yg meninggal time covid?

Suppose JKM jaga kan…tp itulah, suppose lah tp betul x budak2 yg affected ni dibawah jkm
Quote pooh~key 27-12-2022 01:27 PM
Reveal cepat muka samdol2 tu sister. Amboiiii, kes azman gay bermanja2 merajuk2 dengan bebudak sangap kau laju je tepek gambar pesalah dek!
Quote cheezel 27-12-2022 01:40 PM
Memang family bermasalah dari mak bapak kakak, kawan kakak pn sewel
Quote mamajawie 27-12-2022 02:46 PM
aku pelik apsal JKM x amik je budak tu?akak budak tu umo brape sampai bleh lepas gitu je?I is sad
Quote lotusteratai 27-12-2022 02:47 PM
kesian adik ni dilahirkan dlm persekitaran yg sangat tak sihat. Tak boleh ke mandulkan je penagih dadah ni jadi takla beranak pinak sampai 11 org. Kesian kat anak2 sbb diaorg tak boleh pilih siapa ibu ayah diaorg.
Quote pp_gurl 27-12-2022 03:32 PM
4 tahun baya anak aku..tgh best ajak main
sedihnya lahaiii
makin lama manusia jadi mcm binatang
Quote cikatilia 27-12-2022 03:36 PM
mereputla kalian dlm penjara
harap2 dpt jumpa parents elok la berbunuh2an dlm tuh.. dasar syaitan

Quote Queenmastani 27-12-2022 03:52 PM
Pergilah sayang ke syurga Allah.. bermainlah dgn kawan2 …kat sana kasih sayang melimpab ruah untuk adik..dh tk sakit lagi
Quote dee4ellese 27-12-2022 04:03 PM
JKM tak buat keje ke?
Quote Decaffeinated 27-12-2022 04:26 PM
Sebab kematian?
Quote sukacactus 27-12-2022 04:37 PM
Apabenda yg aku baca ni!

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.136421 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top